Monday, June 13, 2011

PRODIGY adalah satu produk hasil daripada transformasi Pusaka01 dan berlandaskan  KASIH SAYANG. Untuk mengetahui tentang produk PRODIGY, Sila scroll ke paling bawah blog ini  dan KLIK PADA OLDER POST.. Banyak maklumat serta sejarah dan anugerah yang dicapai PRODIGY di sana. Call saya untuk maklumat lanjut 0123966803 email: azizyatim@gmail.com fb: azizyatim.



15-17 Mac 2012
Baru selesai menjalankan kursus Pemantapan Organisasi pada sebuah  Majlis Perbandaran di Telok Dalam Resort Pangkor


Selama tiga hari dan dua malam saya terlibat dalam pengenalian kursus pemantapan.. Sakit perut melalui kursus ini dengan mereka. Peserta sangat terbuka dan memberikan komitmen yang tinggi dan banyak perkara yang lucu dilalui bersama mereka. Moga kenangan kekal selamanya dan moga mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih baik daripada sebelumnya.


28-29 Feb. 2012
Kursus Strategic Planning Study Skills 5 Domain
Baru selesai menjalankan kursus kepada pensyarah dan staff UPSI.  Alhamdulillah sangat puas hati pada mereka dan diri saya sendiri..
Khusuk dengan kerja walaupun diganggu dengan muzik hindustan
Dr. Idris tengah fening.. haha.. tapi 5 Domain menyelamatkan beliau..




Kesan Mengingat Kemahiran Belajar 5 Domain

video
Pelajar Program National Blue Ocean Strategy 
mendemonstrasikan ingatannya 


17-19 Feb. 2012
Mengendalikan Kursus PRS peringkat Daerah Port Dickson di Kem Pusako Rembau
uztaz 'budak' hehe bagi tazkirah.. bagus budak ni.. sedap tazkirah dia..
 berpotensi jadi penceramah hebat satu hari nanti..

3 hari 2 malam mendemonstrasikan modul Prodigy kepada Kaunselor Port Dickson.  Amat memenatkan.. program tanpa henti tetapi sangat puas hati kerana kesan yang mendalam terutamanya untuk modul Agape Love. Moga mereka dapat meneruskan kehidupan dengan penuh kasih sayang.


10-12 Feb. 2012
Alhamdulillah kami telah berjaya melakukannya. Dalam masa 3 hari kami berjaya melakarkan satu sejarah baru di mana seramai 900 orang telah mendapat input Kemahiran Belajar 5 Domain.
Projek National Blue Ocean Strategy ini akan di adakan lagi sebanyak 5 fasa lagi merangkumi di negeri pantai timor, utara, selatan, sabah dan sarawak.. moga input yang mereka dapat boleh membantu pelajaran mereka.  Tahniah trainers yang mengendalikannya.
Peserta terdiri dari pelbagai bangsa Satu Malaysia..


9 Feb. 2012
Projek NBOS (National Blue Ocean Strategy)
Mesyuarat bersama Prof. Shamsudin sebagai penyelaras projek ini 2 minggu lalu..

Program ini dijalankan pada esok hari 10.2.2012. Hari ini buat TOT seramai 37 orang.  Mereka akan kendalikan kemahiran belajar 5 Domain bagi 600 orang peserta kursus dan 300 orang lagi modul kepemimpinan. Ini bermakna mereka akan mengendalikan 900 orang peserta dalam masa 3 hari 2 malam. Hebat kan???


8 Feb 2012
Dalam masa sibuk kemas pejabat baru sempat juga melukis untuk anak murid. Lihat contoh di bawah. Ada sesiapa nak tempah? hehe...
                                   Guru Bimbingan dan Kaunseling mengalukan kedatangan pelajar
.. sengaja mengutarakan isu kalau kaunselor merajuk.. wajarkah letakkan notis cam di atas??

Gong Xi Fa Chai dengan Galaxy Note
Gambar di atas dilukis dengan menggunakan Galaxy Note.. ermm baru cuba cuba.. belum dapat betul-betul touch seperti dulu dulu.. haha.. sila pergi ke kerjakreatifku dan lihat sesuatu di sana..  ada gambar yang boleh mengujakan sesiapa yang melihat.. hehe jumpa di sana..


19 Januari 2012


Ermmm.. lama tak update.. bz sangat sebab nak pindah ke kampus baru di Kampus Proton..  Hari ini bermesyuarat dan pembentangan modul di depan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan semua ketua sektor.. berkenaan dengan permasalahan perceraian yang memuncak dan pihak jabatan agama islam seperti yang dilaporakan dalam akhbar 3 minggu lepas sedang buntu.. maka Prodigy menawarkan khidmat bagi membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Alhamdulillah bukan permasalahan itu sahaja yang akan diberi peluang kepada kami, tetapi banyak peluang lain seperti pra perkahwinan, poligami, tenaga pengajar di sekolah agama dan banyak lagi.. Syukur Alhamdulillah..


23 Disember 2011
Teater Mayat
Setelah 25 tahun berhenti dari penglibatan teater malam ni saya menjejakkan kaki ke Panggung Budaya UPSI bagi memberi sokongan kepada anaknda Shu. Teringat lagi zaman melibatkan diri dengan teater semasa di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim semasa tercari-cari identiti pada tahun 1980an. Kemudian mewakili Maktab di Pestarama Kebangsaan Teater di USM, 1985 mengarah teater untuk pertandingan peringkat Selangor.. 1986-87 menjadi pengerusi Kumpulan Teater Anak Jelapang di UPM dan itulah yang terakhir. Berteater mampu membantu melatih menjadi trainer yang baik?? Demi mu uilove kuat menarik aku ke sana..




16-18 Disember 2012
Melatih Pelajar Semester 5 dengan Modul Prodigy
                           .. kalau menebang.. kalau menebang.. sipohon jati..
Kenangan terindah.. itulah ungkapan refleksi peserta setelah melalui modul Prodigy 3 hari 2 malam. Moga mereka akan menjadi kaunselor yang hebat satu hari nanti.. amin..


10 Disember 2011
Sekali tugasan mencabar .. memberi kursus ke atas 350 orang peserta kursus Pembangunan Sahsiah..

Apapun sangat teruja membaca refleksi perasaan mereka setelah menjalani program ini.. mereka bertambah minat menjadi guru dan rasa kesal dahulu memasuki UPSI telah terpadam dan mereka bertuah kerana menjadi guru.. Apakah maksudnya ini??? kebetulan atau keberkesanan modul??? Wallahualam perjuangan belum terhenti..


1-3 Disember 2011
Kursus Pemantapan Organisasi Majlis Perbandaran
Cuba lihat gambar di atas .. apa yang pelik ya?? Saya baru mengendalikan kursus Pemantapan Organisasi  sebuah Majlis Perbandaran. Tujuannnya ingin merapatkan staff.  Gambar di atas adalah kakitangan pejabat (executif) bercampur dengan kakitangan buruh kasar seperti tukang sapu dan pemandu lori sampah.  Kesannya amat menakjubkan. Ramai dalam kalangan pekerja India dapat mengikuti kursus ini dengan kesan yang mendalam sekali.  Saya terharu apabila orang yang saya boleh panggil mereka `uncle' bersalam dan mengucup tangan saya tanda terima kasih.. apakah maknanya tu??? bukan seorang dua.. ramai pulak tu.. terharuuuuu..


Pandangan Kaunselor yang berpengalaman selama 10 tahun terhadap modul Prodigi setelah melaluinya.. 


video
Kursus ini dijalankan pada 11-13 Nov 2011 di Port Dickson sebagai kajian rintiss bagi KPM.


24.11.2011, Khamis
Hari ini saya dan team buat presentation modul dan consultation bagi Yayasan Pengaman. Hmm.. alhamdulillah tiada seorangpun antara 15 panel yang mempertikaikan modul.. Lega..
Dr. Jazimin membentangkan cadangan research setelah saya membentang modul

Yayasan Pengaman adalah yayasan yang menjaga kebajikan anak-anak bekas polis.  Kami mengadap 15 orang panel yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Norian Mai. Panel yang lain adalah Tan Sri-Tan Sri dan Dato'-Dato' bekas Ketua Polis Negeri etc. Alhamdulliah mereka teruja dengan modul dan pertanyaan pertama mereka ialah BILA NAK MULA??? hehe.. anak-anak Prodigy bersiap sedia kalau ada rezeki anda diperlukan..  untuk kendalikan kursus bagi anak-anak bekas anak polis seluruh negara.. Wallahualam..


11.11.11 
Lagi cantikkan tarikh ni?? 
Kaunselor PD menjalani aktiviti di sekitar PD

tapi bermula tarikh ni 11.11.11-13.11.11 saya kendalikan Kursus Peningkatan Kaunselor Port Dickson guna modul Prodigi dan terus di sambung 13.11.11-15.11.11 bagi kursus Motivasi Kemahiran Belajar pelajar sekolah rendah di Kalumpang.. 6 hari 5 malam kerja berterusan..


Pelajar SK Sungai Behrang menjalani aktiviti


1.11.11 
Cantik tarikh tu kan?? secantik permuafakatan antara UPSI dan Yayasan Pengaman.



Prof Omar Karim bersama GM Yayasan Pengaman


Yayasan Pengaman adalah pertubuhan yang baru ditubuhkan untuk membantu anak-anak bekas Polis. Hari ini satu persetujuan antara pihak Yayasan dan UPSI untuk memberi kursus kepada 90,000 anak-anak bekas polis seluruh Malaysia. Anak murid Prodigy sila bersedia... Program dijangka bermula awal 2011.


21-23 Oktober 2011
Kursus Motivasi dan Kepemimpinan Pelajar Berisiko Tinggi


21 orang pelajar B&K sem 6 

3 hari 2 malam berkampung bersama 42 orang pelajar berisiko tinggi. Alhamdulillah mereka dapat dijinakkan dengan menggunakan modul Prodigy. Seramai 21 pelajar B&K semester 6 bersama menjayakan kursus tersebut sebagai peserta, mentor dan sekaligus sebagai trainers. Pengalaman yang luar biasa dapat dirasai. Pelajar yang dikatakan nakal menjadi manusia yang seronok untuk kita kenali dan kerelaan mereka untuk berubah menjadi penawar kepada kepenatan yang teramat sangat.  Tahniah semua.. tahniah anak didik yang terlibat menimba pengalaman dengan saya.. fantastic!!! satu program bersama KPM selesai .. next ke Taman Negara pula..


2-5 Oktober 2011
Kursus Prodigy Kejurulatihan Jurulatih PLKN


kedai kat sana sangat nostalgik.. 
pilih kopi dan kisar depan mata.. cik Nuzebb Almigo sedang makan kopi..


Sekarang tengah tunggu flight balik ke UPSI di airport Sibu. Minggu yang padat...  30.9.2011 hingga 2.10.2011 di Kemaman buat kursus di sana. Balik sampai rumah jam 1 tgh. hari terus driver UPSI ambil pergi ke LCCT flight ke Sibu sampai la ke hari ini...  cadangan awal esok 6hb.10.2011 bertolak ke Kampung Pagi di Taman Negara untuk kursus KPM bgi sekolah pendalaman hingga 8hb.10.2011...  Ermmm penatnya.. Seronok bekerja dengan Dr. Amin Taff hehe.. pensyarah Sains Sukan .. satu kombinasi Prodigy dan ABC... Matlamat akhir untuk membawa Jurulatih JLKN mendapatkan diploma Adventure Based Counselling di UPSI


23 September 2011, Jumaat
Terlibat dalam pertandingan Pecipta International di KLCC 2011 dari 13-15 Sept. 2011
                                                 Gambaran Tapak Pameran.. sila klik..
Assalamualaikum semua maaf terlalu lama tidak update.. bukannya apa sebenarnya saya terlupa password dan email untuk masuk blog sendiri.. Banyak cerita tertinggal.. yang utamanya seperti gambar di atas. Kecewa teramat sangat.. peristiwa di Geneva berulang di Pecipta KLCC 2011. Bayangkan modul Kemahiran 5 Domain telah tersalah key in masuk bagi kategori Engineering dan Teknologi.. ermm buang masa jer.. tak terkata..
                                       Bergambar bersama pelawat guru dari SMTKS
17-22 Sept. 2011
Masa yang panjang terlibat dengan Kursus Bina Insan Guru 2011. Bayangkan 6 hari berterusan.. apapun sangat puas hati..  sila layan gambar di bawah .. (akan diupload kemudian)






4 Ogos 2011
Membuat kunjungan bersama Prof. Noraini, Prof. Omar, Prof. Rosli dan team kepada KSU, KPM untuk membincangkan program Prodigy ke sekolah dan isu-isu lain.


Pagi-pagi Prof Omar Karim, Pengarah RMC yang baru telah mengucapkan tahniah kepada saya.. agak terkejut sayapun bertanya kenapa.. rupanya KPM telah menurunkan geran RM50,000 untuk projek rintis PRODIGY. Alhamdulillah..

28-29 Julai 2011
Menghadiri Program Foundations Of Commercialisation di AKEPT
Salam satu Malaysia.. Teruja dengan AKEPT.. baru operasi di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Kompleks ini bagi melatih kepemimpinan warga IPTA. Lebih mengujakan saya bila dapat berjumpa dengan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Kepimpinan dan Inovasi, AKEPT iaitu Prof Madya Dr. Mohd Fadzil Bin Mohd Idris. Beliau adalah bekas pelajar saya semasa saya menjadi warden di High School Kajang.. Bangga dengan pencapaian beliau tetapi tidak bangga dengan apa yang telah saya lakukan pada zaman mendidik beliau kerana pada zaman itu adalah zaman kegelapan saya.  Sila baca Hikayat Ranjau Berduri semasa saya menjadi warden di Kajang High School.  Moral of the values? Kepada kaunselor adakah kejayaan pelajar kita by design atau by accident? Kita kena jawab soalan tu..


 Dr. John Bates dan Dr. Jason Coonan sedang mengendalikan
bengkel commercialization

22-24 Julai 2011
     22-24 Julai 2011 menghadiri kursus ESQ yang dikendalikan sendiri oleh Dr. Ari Ginanjar Agustian.  Hebat dalam bentuk pendekatan yang berkesan dan mendalam.  Alhamdulilah setelah lama berniat untuk pergi akhirnya termakbul juga.. Thank you Allah..
21 Julai 2011
.. bersama KJ dan orang kuat di belakang Seminar Psima..

Hari ini ada dua event yang saya terlibat.. pertama saya sedang menghadiri kursus photography..
Dr. Sharon (pensyarah seni) pun mengikuti kursus ini.. 
banyak ilmu baru yang saya belajar.. berbaloi..
... dan yang kedua ialah Seminar Psima (Persatuan Psikologi Malaysia).. berlangsung sehari..
.. jumpa dengan pelajar Universiti Malaya (Fuad) yang pada asalnya adalah pelajar dari SM Teknik Klang.  Berlatarbelakangkan aliran teknik dan mendapat diploma dalam bidang kejuruteraan dan bekerja dalam bidang tersebut tetapi telah bertukar haluan ke bidang kaunseling setelah mengikuti program latihan Prodigy.. hebat kan budak ni??

18 Julai 2011

Salam semua terutama cikgu bimbingan dan kaunseling.. saya baru upload banyak kartun lama saya di www.kerjakreatifku.blogspot.com untuk tuanpuan gunakan di bilik kaunseling. Terima kasih.

16 jULAI 2011

    Kes Buli menurun 9.42 peratus.. boleh kah kita turunkan kepada 90% ??? Siapa kata boleh??? Prodigy dan UPSI kata boleh.. saya pernah memohon kepada YB Dr. Poad untuk ditugaskan ke sekolah yang paling bermasalah untuk menunjukkan keberkesanan Prodigy... siapa lagi yang sanggup???  Kaunselor kena berani tunjukkan pada dunia bahawa pendekatan kaunseling mampu menyelesaikan masalah dunia.. jom kita bantu KPM menyelesaikan masalah ini.. syaratnya perlu Proaktif Inovatif dan Kreatif itu saja.. tak setuju tak mengapa...

21 Julai 2011 Seminar PSIMA di UPSI .. NON STOP ..
14 Julai 2011
Pelancaran ebuli UPSI dan pameran Prodigy sempena lawatan YB Dr. Poad Zarkashi
Menerangkan kepada YB keunikan Prodigy

21-23 Jun 2011 Mengendalikan Program Kecemerlangan pemegang biasiswa Bank Rakyat, 24-26 Kursus Team Building Fakulti Pendidikan Pembangaunan Manusia, UPSI, 27-29 Jun 2011, 1-3 Julai Taklimat PJJ di Kota Kinabalu, Sabah, Internship di Sekolah Segamat, 4-6 Julai 2011 Mengendalikan Team Building Juruteknik UPSI, 11-14 Julai 2011 Mengendalikan kursus kejurulatihan Jurulatih PLKN . 

Jurulatih PLKN sedang menjalani modul `cruise to nowhere..'
13 Jun 2011
Aik?? berturut-turut nampak? Lepas anak murid masuk paper.. skang cikgu dia pulak.. apapun ianya sangat berkaitan kan??
Artikel di atas adalah menyarankan cikgu perlu ada ilmu psikologi yang hebat untuk mengubah manusia.. boleh dikatakan semua guru ada ilmu psikologi tetapi bukan applied psikologi.... tak setuju tak pe.. hanya pandangan saya.. Tujuan hanya satu.. kita kena buktikan kepada masyarakat bahawa GURULAH yang mampu mengubah masyarakat.. kerana kerjanya yang murni atas dasar keikhlasan... kenapa mesti guna pihak lain? polis umpamanya??? tak setuju tak pe..


12 Jun 2011
Pernah dengar cerita budak ni???
Kisah saudara Rizan yang banyak membantu manusia yang kurang bernasib baik dan tercicir adalah salah seorang insan dalam penceritaan Hikayat Ranjau Berduri.. dari seorang pelajar yang hendak dibuang oleh guru pada tahun 1992, kini menjadi Hero Belia Malaysia dan dianugerahkan Anugerah Perdana Belia Negara 2011... tahniah Rizan... kisah penderitaan beliau di sekolah dalam kocek saya... Rupanya untuk melahirkan pelajar seperti ini kita perlu mendapat penghinaan dari rakan sejawat kita  dulu agaknya kan???  Pernah semasa saya menghadiri seminar Perkama di Johor Bharu pada tahun 2003 saya ke rumahnya. Dia membela 7 orang pelajar terbuang, di masukkan budak itu ke sekolah kemahiran dan dia sediakan 3 buah stall burger di sekitar JB untuk budak itu berniaga.  Segalanya di usahakan sendiri dari lesen sampailah ke bahan berniaga.  Segala keuntungan diberi pada budak-budak tu.  Tujuannya supaya budak tu tak buat benda tak elok selepas kelas.. Bila ditanya kenapa awak buat begini? dia dengan selamba menjawab bukankah cikgu dulu buat saya macam ni??  Pada para kaunselor.. bolehkah anda buat begini dalam membantu pelajar?? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila ke www.ashiqs.blogspot.com. Selamat membaca.

20-22 Mei 2011
Pingat Perak di ITEX
 .. bersama TNCA dan krew UPSI .. 8 ambil bahagian 7 dapat pingat.. 
2 silver yang lain bronze..

.. sedang ditemuduga oleh sebuah production ..

3 hari berkampung di KLCC kerana mengambil bahagian dalam 22nd. International Invention, Innovation and Technology Exhibition.  Alhamdulillah dapat Gangsa buat pembakar semangat anak didik kaunseling saya. teruskan perjuangan.

11 Mei 2011, Rabu
Hari ni pergi mana pula?? Haha.. baru balik dari  appointment dengan Tan Sri Isa Samad.. Boss Felda.. Beliau bersetuju untuk membangunkan anak Felda.. Prodigy cuba mencelah haha... moga berjaya... Gambar?? tak sempat bergambarpun..

10 Mei 2011, Selasa
Prodigy mengadap Timb. Menteri Pelajaran

 Prof. Sabri, Dr. Jaz dan saya bersama YB

Hari ini dapat bincang dengan YB Dr. Puad Zarkashi dengan panjang lebar.  Kagum dengan beliau yang mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi.  Di bilik beliau banyak gambar tentang lawatannya ke sekolah pendalaman.  Kasihnya terhadap pelajar di pendalaman amat tinggi.  Seorang yang sangat peka dengan keperluan anak didik dan guru nun jauh di pendalaman. YB berharap kajian rintis Prodigy dicepatkan.  Come on SHAKER..

9 Mei 2011, Isnin
Bersama Harian Metro
Saya bersama pemberita Harian Metro

     Saya diminta untuk memberi pandangan terhadap beberapa isu pendidikan yang sedang hangat diperkatakan sekarang.  Kenapa cikgu di pukul? kenapa cikgu memukul pelajar hingga mati??? hmm.. panjang menjela juga saya perlu menjawab satu persatu. Berita ini akan keluar sempena hari guru minggu depan. Apapun saya cuba untuk memberi gambaran terbaik dan berharap dapat diterima oleh masyarakat guru.


29.04.2011
BILA SAYA RASA TERCABAR..
video
... hmm kesian kan??? ...

Video di atas adalah suasana semasa saya jalankan Kemahiran Belajar 5 Domain di sekolah pelajar Pendidikan Khas Pekak dan Bisu.  Sebenarnya saya dicabar untuk jalankan program seumpama itu di sekolah seperti itu. Bila saya rasa tercabar saya akan buat sesuatu di luar kemampuan. Bertia lanjut di www.prodigypendapat.blogspot.com. Sekarang saya rasa tercabar lagi. Kali ini dengan cabaran Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan saya membuktikan Prodigy boleh dilaksanakan di sekolah Pendalaman.  Antaranya 8 jam perjalanan kaki ke sekolah. 2 hari perjalanan untuk sampai ke sekolah tersebut. Saya akan buktikan...

21.04.2011                         PRODIGY MASUK KABINET



Selamat hari jadi pada saya.. hadiah paling istimewa surat dari YB Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran dan Memo Tan Sri Mahyuddin difaxkan ke UPSI.  Rupanya Prodigy telah dipersetujui dalam mesyuarat Post-Cabinet pada 16 Februari 2011.  30 buah sekolah, 10 di Sabah, 10 di Sarawak dan 10 di Semenanjung akan dijadikan sebagai sekolah rintis.. Terima kasih pada Menteri yang bertanggungjawab kerana memberi peluang dan kepercayaan.. Satu pengiktirafan buat UPSI.. Terima kasih atas sokongan semua.. Perjuangan baru bermula..

12.04.2011
 ibubapa pelajar teruja untuk sama-sama membantu..

Hari ini berjumpa dengan ibubapa pelajar Felda Behrang, Pengurus Felda, Ketua Peneroka, YDP PIBG, ketua kampung dan Pengetua sekolah. Apa kes??? Isunya dikatakan anak-anak Felda inilah yang membawa masalah di sekolah tersebut.. Saya teruja untuk membantu untuk menjadikan anak-anak yang dikatakan bermasalah ini menjadi anak-anak yang ada nilai HARGA REMAJA  yang tinggi.. Saya bangga dengan komitment ibubapa, pengurus dan pengetua .. mereka akan sama-sama membantu.. Ayuh buktikan.. SIAPA BERANI BERSAMA SAYA??? 

psss.. sila ke www.prodigypendapat.blogspot.com untuk mendengar pandangan pelajar IPTA tentang kesan Kemahiran Belajar 5 Domain.. jumpa di sana.. 

10 April 2011
Kursus Motivasi dan Kemahiran Belajar pelajar FPE.
 Urusetia kursus kenduri durian selepas selesai menjalankan tugas untuk pelajar FPE


Mengendalikan kuliah ISMP pelajar PJJ di Kota Kinabalu 1-3 April 2011
Bersama keluarga bahagia Pak Lah dan anak `habat' nya..Terima kasih 
kerana banyak membantu saya di sana..
Ohh tidak lupa ini juga guru-guru yang hebat sanggup datang dari jauh
Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan ilmu.. tahniah kalian..


Kemahiran Belajar 5 Domain berjaya dijalankan di sekolah Pendidikan Khas Pekak dan Bisu.  Sila ke www.prodigypendapat.blogspot.com untuk mendengar komen pelajar pekak dan bisu.

24 Mac 2011 Cuba dengar pandangan pelajar terhadap kesan Kemahiran Belajar 5 Domain di www.prodigypendapat.blogspot.com.


22-23 Mac 2011 EKSPIN UPSI

Dr. Syed Sofian sedang menjaga booth Prodigy


Salam.. sekarang sedang mengambil bahagian dalam Ekspo Penyelidikan dan Inovasi di UPSI (EKSPIN).  Esok perlu bentang PRODIGY pada tetamu UPSI.


18-20 Mac 2011

Sekarang berada di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor mengendalikan kursus Peningkatan Organisasi untuk kakitangan Majlis Perbandaran Teluk Intan. 


16-17 Mac 2011
Kursus Kemahiran Belajar 5 Domain Bagi Pensyarah dan Kakitangan UPSI
Para pensyarah dan staff UPSI yang mengikuti Kemahiran Belajar 5 Domain sedang merangka strategi bagi memudahkan rakan lain memahami kandungan pelajaran mereka.

12 Mac 2011 

Hmm.. baru selesai membentangkan prodigy di seminar Silang Budaya Satu Malaysia.. sekarang sedang mengendalikan kursus modul PRODIGY bagi pelajar Pembangunan sahsiah. Saya baru buka satu blog baru www.peodigypendapat.blogspot.com di mana semua video saya akan upload di sana.. tqsm.


10 Mac 2011
Baru balik mengendalikan kursus untuk jurulatih PLKN dengan menggunakan modul PRODIGY. Respon yang sangat memberansangkan.  Kagum dengan kegigihan mereka yang mendidik anak bangsa yang dipinggirkan terutamanya.. Saya akan upload video pandangan mereka terhadap modul ini di www.kesanprodigy.blogspot.com insyallah.

8 Mac 2011

Satu lagi gambar khazanah saya terjumpa.. gambar ini menunjukkan saya menjadi arkitek kepada stage design di mana pementasan daripada kumpulan Nada Murni yang di adakan bagi tujuan membina surau sekolah. Waktu itu Allahyarham Uztaz Asri iaitu penyanyi utamanya agak rapat dengan saya. Kaunselor perlu allrounder. Setuju?? tidak setuju tidak mengapa..


19-21 Feb 2011

Musim Bina Insan Guru (BIG) datang lagi... baru sahaja selesai mengendalikan kumpulan ke dua. Dua kumpulan yang berlainan pendekatan antara kasih sayang (agapelove) dan kuasa bawah sedar (subconscious). Kali ini pengendaliannya berbeza daripada terdahulu di mana dua kumpulan bergilir menjalankan kursus pengendalian Modul Prodigy dan Modul Activity Based Counselling.  Kepada para peserta.. saya akan upload montaj video di www.kesanprodigy.blogspot.com hanya untuk selama 2 minggu.  Jika anda ingin download dipersilakan kerana selepas itu saya akan deletekan video tersebut dari blog. tqsm. Gambar-gambar juga saya akan upload.. sabar yer.. penat sangat..


11 Feb 2011
                                                   Projek Bersama Utusan Melayu


Pagi tadi kami bermesyuarat dengan pihak Utusan Melayu yang diketuai oleh En. Wahid Hashim Pengarang dan Pengurus Pendidikan Utusan.  Banyak projek yang dibincangkan bersama terutamanya dalam bentuk khidmat masyarakat.  Tunggu berita selanjutnya.




10 Feb 2011


Haaa baru jumpa.. Inilah gambar yang saya cari.. Pernah dulu saya mendapat komplen dari kaunselor pembimbing tentang anak didik yang saya selia.  Guru tersebut tak puas hati kerana anak didik saya menolak tugas untuk mengetip buku program mesyuarat PIBG.  Saya menceritakan kepada pelajar saya bahawa saya buat semua kerja termasuklah buat banner.. saya cari gambar tu tak jumpa untuk buktikan kepada dia.. Baru ni belek punya belek album lama terjumpalah gambar ini... Bukti saya buat banner mesyuarat PIBG dengan guru disiplin.. sebenarnya sya yang buat dia cuma memerhati jer hehe..


9 Feb 2011
Salam sejahtera... akhirnya YB PAK MENTERI (biarlah rahsia dulu) panggil untuk mengadap... Saya, Prof Sabri, Pengarah RMC dan Dr. Jaz berjaya ke kamar Pak Menteri tepat pukul  10.30 pagi tadi. ALHAMDULILLAH syukur saya ke hadrat Allah swt kerana beliau sangat berminat dan banyak bertanya serta memberi peluang kepada kami untuk melakukan kajian rintis. Terima kasih kepada anak didik saya yang sentiasa menyokong dan mendoakan perjuangan saya yang sangat memerit dan memenatkan ini.. perjuangan belum tamat..semakin kuat ditarik ke bawah semakin kuat azam untuk ke atas.. GO SHAKER GO!!!  Semangat WHITE EAGLE bersama mu!!!
3 Feb 2011
kartun sebegini mungkin berguna untuk guru bimbingan dan kaunseling 
bagi memotivasikan pelajar mereka

Selamat meyambut CNY kepada rakan berbangsa Cina. Bersama ini juga saya lancarkan blog www.kerjakreatifku.blogspot.com. Saya kumpulkan kerja-kerja seni saya dalam bentuk lukisan kartun, fotografi dan apa saja.  Kepada guru kaunseling mungkin boleh manfaatkannya untuk dijadikan poster di sekolah.  Selamat menerokai dunia kreatif ku.


1 Feb 2011
Salam... selamat bercuti kepada anda yang menyambut hari Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah atas rasa untuk mencari kepuasan semalam saya telah berbincang dengan Prof. Emeritus Dr. Ishak Haron selama hampir dua jam tentang penyelidikan. Saya mendapat suntikan yang amat hebat apabila beliau ingin membantu dan membuat kajian tentang disiplin sekolah. Beliau teruja untuk melihat satu produk yang mampu meyelesaikan masaalah disiplin. Oleh itu saya telah menyiapkan satu lagi blog www.kesanprodigy.blogspot.com untuk memperlihatkan kesan modul ini kepada peserta dan bakal kaunselor... silalah ke laman tersebut. Selamat membaca.


Pelan Strategik Kemahiran Belajar 5 Domain
19 Januari 2011, Jumaat

                       Para Guru sedang mengikuti latihan SPSS 5 Domain

PROGRAM SPSS (STRATEGIC PLANNING STUDY SKILLS)


Hari ini saya dan sembilan pelajar menyerang sekolah rendah yang mahukan perkhidmatan kami. Erm.. sebenarnya ini satu perkhidmatan sosial yang dapat kami sumbangkan keapda pihak sekolah. Tahun lepas keputusan meningkat mendadak so mereka mahukannya lagi.. Kami telah memberi perkhidmatan secara percuma kepada guru dan pelajar serta modul juga percuma. Moga sekolah ini berjaya setelah gurunya dilatih dan dapat menjalankan sendiri tanpa bergantung terus kepada kami. Selamat maju jaya kepada sekoah tersebut. Gambar akan diupload tak lama lagi.


                Kemahiran Belajar 5 Domain Diperluaskan Dalam Kalangan Guru


                         Bergambar dengan Guru Besar, PK HEM dan pelajar saya
                                                             di sekolah tersebut.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. seperti laporan lalu yang menyatakan sekolah yang telah mendapat rawatan Kemahiran Belajar 5 Domain mendapat keputusan yang tidak disangka dalam UPSE baru-baru ini. Kini pihak sekolah tersebut telah memanggil kami untuk memperluaskan pengetahuan Kemahiran Belajar 5 Domain dalam kalangan guru pula agar mereka dapat mengapplikasikan kaedah ini di dalam kelas. Baru-baru ini saya dan pelajar telah berbincang dan menyusun strategi bagi membantu pihak sekolah tersebut dalam menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2011. Kami mencadangkan kedua-dua sasaran diberi rawatan KB5D iaitu pelajar dan guru. Perbincangan berjalan pada 7.1.2011 yang lalu. Insyallah kita cuba yang terbaik.