Tuesday, January 19, 2016

PRODIGY adalah satu produk hasil daripada transformasi Pusaka01 dan berlandaskan  KASIH SAYANG. Mendapat pengiktirafan antarabangsa Pertandingan Inovasi ITEX, Pecipta dan Inovasi Geneva selain dalam negara. Untuk mengetahui tentang produk PRODIGY, Sila scroll ke paling bawah blog ini  dan KLIK PADA OLDER POST.. Banyak maklumat serta sejarah dan anugerah yang dicapai PRODIGY di sana. Call atau whatapps saya untuk maklumat lanjut 0123966803 email: azizyatim@gmail.com fb: azizyatim. 



sila ke blog 
www.pencapaianprodigy.blogspot.com 
untuk pencapaian terkini prodigy
 





 


4-6 Nov 2018: Membantu SMK Agama Sandakan mengadakan team building bagi menjadikan guru mereka lebih peka terhadap keperluan pelajar.
 
 
 
 
 

3 Sept 2018: Berjumpa dengan YB Menteri Pendidikan bagi menerangkan Prodigy disamping memohon untuk melihat pada permasalahan GBKDM terutamanya yang terbeban dengan tugas bukan hakiki


27-29 Ogos 2018: Membantu Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menghasilkan modul atas saranan pihak UNICEF

15-18 Ogos 2018: Melatih Guru Kaunseling, HEM, Guru Disiplin, Guru Besar dengan pendekatan Prodigy menangani masalah disiplin di sekolah dan mendapat liputan akbhar dan televisyen di Sabah
11 Ogos 2018: Mendemonstrasikan Modul Prodigy dalam Mengendalikan Disiplin Alternatif kepada NGO Cina dan mereka berminat untuk mengalihbahasa Prodigy kepada Bahasa Cina






3-5 Ogos 2018  Mendemonstrasi modul Prodigy kepada pegawai JKM atas saranan UNICEF di Yan Kedah dan di Kundasang bagi anak JUVANA.


25 Julai 2018  Mengendalikan Parenting bagi Pegawai TLDM yang dikenalpasti untuk membantu mereka menangani masalah anak lebih berkesan.

23 Julai 2018  Mengambil bahagian dalam Bengkel Menangani Remaja Berisiko sempena Ulangtahun 70 tahun Majlis Belia Malaysia

16-19, 19-22 Julai 2018  Mengendalikan Pelatihan Guru Acheh di Banda Acheh kesannya amat mengkagumkan.


10-13 Mei 2018  Mengambil bahagian dalam ITEX 18 29th. International Invention & Technology Exhibition, Malaysia di KLCC dan telah mendapat 2 anugerah GOLD badi produk Kemahirangan Belajar 5 Domain dan Career Prodigy.


27-29 April 2018  Mengambil bahagian dalamKonvensi Bimbingan dan Konseling Indonesia di Pekan Baru dan berjumpa dengan seluruh Ketua Guru BK dari semua pelusuk Indonesia.

18-19 April 2018  Melatih guru Bimbingan dan Kaunseling daerah Batang Padang dalam pengenalian Disiplin Alternatif


 

3-4 Januari 2018  Mencuba kendalikan anak murid tahap 1 dengan modul Kemahiran Belajar 5 Domain.  Menakjubkan selama dua hari mereka dapat mengingat banyak perkara dan belajar secara cooperative learning.


15-17 Januari 2018  Membentangkan Modul Prodigy pada Pakis Banda Acheh dan berkesempatan ke Kantor Walikota serta berbicara bersama 200 kepala sekolah di Banda Acheh. Merancang untuk mengadakan pelatihan selanjutnya di sana. Doakan ya..


11-12 Januari 2018  Membentangkan Modul Prodigy event Amanat Menteri Pendidikan Tinggi di PICC Putrajaya.. 

 
8-9 Januari 2018  Mengendalikan kursus Prodigy kepada guru PAUD Pendidikan Awal Usia Dini dari Acheh, Medan, Sulawesi, Padang.. 



21-22 Disember 2017  Mengendalikan Workshop Prodigy kepada guru dan Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia cawangan Tasekmalaya, Indonesia.


31 Disember 2017  Memberi pengalaman kepada forum Remaja Berisiko bersama Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.


14 Disember 2017  Mengendalikan Workshop Prodigy kepada  Warden Asnaf Baitul Hasanah, Klang.





MENGENDALIKAN KURSUS PRODIGY KEPADA GURU, NAZIR DAN PEGAWAI PENDIDIKAN BANDA ACHEH

13-15 November 2017 Berkongsi dengan guru dari Acheh tentang modul Prodigy amat bermakna bagi mereka dan akan melangkah kaki ke Acheh pula bagi pelatihan di sana insyaAllah.


MENGENDALIKAN WORKSHOP MENANGANI MASALAH BULI DI SEMINAR ANTARBANGSA INTERVENSI PSIKOLOGI KAUNSELING 2017

8-10 November 2017 Berkongsi dengan para peserta seminar bagaimana saya kendalikan pelajar nakal dan mengatasi masalah buli di sekolah.






 16-17 Oktober 2017 


Menjadi panel pakar dalam talking circle di Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo.  Berkongsi bagaimana kendalikan masalah buli di sekolah dari tahun 1991-1996, 1996-2000, 2000-2002. Satu perkongsian yang bermakna kepada peserta.




 26 Sept 2017 

Menjadi JOHAN  dan mendapat pingat emas dalam PECIPTA: THE INTERNATIONAL CONFERENCE AND EXPOSITION ON INVENTION OF HIGHER LEARNING mengalahkan 25 produk dari universiti dalam dan luar negara. Syukur!!!



 26 Sept 2017 

Menjadi ahli panel dalam rancangan Landskap RTM 1 membincangkan isu anak liar.







 7 Sept 2017 
Melancarkan buku Buli oleh Menteri Pendidikan Tinggi sempena Ulangtahun UPSI ke 20 tahun.


7 Sept 2017 
Menerima kunjungan Menteri Pendidikan Tinggi ke booth Prodigy sempena Majlis perasmian ulangtahun ke 20 UPSI.


6 Sept 2017 
Menerima kunjungan rombongan daripada Majlis Belia Malaysia bagi membincangkan bagaimana Prodigy dapat membantu anak remaja yang sukar dikawal.


5 Sept. 2017 
Menerima kunjungan DYMM Sultan Perak dan beramah mesra dengan baginda tentang peranan Prodigy dalam membangunkan masyarakat.  Baginda sungguh teruja mendapat penerangan dari kami.  Menjunjung kasih  Tuanku.



29-31 Ogos 2017 
Menjadi Keynote Speaker di International SEminar Guidance and Counseling di Bandung.


27-29 Ogos 2017 
Mengendalikan Kursus Warden Asnaf di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.

 
18-20 Julai 2017 
Melatih Guru Kaunseling, Guru Disiplin dan Guru Warden serta barisan Kepemimpinan Pelajar STAR, untuk membantu Sekolah Berasrama Penuh dalam mengendalikan kes-kes buli di sekolah daripada berlaku.
 





11Julai 2017


 Menjadi Panel Program Lanskap Buli
23-25 Mac 2017 
Kursus Untuk Guru dan Pelajar Kepemimpinan
atu pendekatan yang unik yang merapatkan  barisan kepemimpinan sekolah dengan guru-guru di sekolah itu.  Tahniah  Kolej Dato Hj. Bujang, Miri kerana mengambil langkah proaktif sebegini.




















21 Mac 2017  
Terlibat dengan Pameran di KPM

12-14 Mei 2017 
Kursus Anak Asnaf


Setelah memberi kursus untuk warden asrama Asnaf, kami memberi kursus kepada anak-anak asnaf yang mendiami asrama teresbut. Mereka mendapat visi baru bagi melangkah ke depan dengan keyakinan yang lebih tinggi.

23-25 Mac 2017 
Kursus Warden Asnaf

Mengendalikan Kursus Warden Anak Asnaf di De Palma
Kuala Selangor, mereka didedahkan dengan pendekatan Prodigy
dalam menangani permasalahan remaja, satu pengalaman yang awesome




4-6 Mac 2017 

 Menjalankan kursus LADAP bagi guru-guru SMK Bakun. Pengalaman saya tidur di rumah panjang yang terpanjang di Malaysia amat awesome.  Siapa sangka saya dapat tidur di sini.  Satu pengalaman yang pelbagai perasaan timbul di sanubari.





19-23 Feb 2017
Menyelia Praktikum di Bumi Bawah Bayu 




Tak terkata apabila melihat pelajar saya yang sudah 11 tahun berkhidmat di tempat seperti di atas.. SMK Kanibungan nun jauh di hulu dan tiada kemudahan tetapi semangat kental anak didik saya membuatkan saya terharu.. Dari Kota Kinabalu ke Kanibungan melalui Pitas, Kota Marudu, Kota Belut bayaran untuk satu taxi adalah RM250. Selepas menyelia di Kanibungan saya ke Kudat pula yang harga taxinya juga RM250, di mana saya kena turun ke Kota Marudu dan naik semula ke Kudat.. dari Kudat ke Kota Kinabalu juga RM250 huhu.. jauhnya perjalanan saya. Apapun satu pengalaman yang sangat mencabar dan menarik.



23 JANUARI 2017 

ALHAMDULILLAH...SYUKUR SUDAH COMFIRM DAPAT GERAN KNOWLEDGE TRANFER PROGRAMME (KTP) BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK ASNAF.



Ini adalah geran KTP yang ke 3 dalam 5 tahun, di mana yang pertama 2014 kami mendapat geran KTP bagi menangani masalah pesalah JUVANA dan melatih Pegawai Psikologi JKM, 2016 kami mendapat geran untuk membantu pelajar lemah dan melatih Guru Kaunseling dan kini 2017 kami mendapat geran untuk mebantu anak asnaf pula. Keseluruhannya kami mendapat 9 geran yang berteraskan daripada produk Prodigy. Terima kasih di atas doa kalian.


19 JANUARI 2017 

SELESAI SUDAH INTELECTUAL DISCOURSE MEMBINCANGKAN HAL PENGENDALIAN DISIPLIN SECARA ALTERNATIF DAN DI LUAR KOTAK. 


Sesi perbincangan dari hati ke hati bagi menyelami permasalahan yang berlaku di sekolah. Peserta terdiri daripada HEM, Tim. Pengarah KV, Guru Disiplin dan GBK. Next round siapa nak boleh PM saya, tempat terhad dan tiada yuran penyertaan kecuali bayaran untuk makan dan minum sahaja.

6 JANUARI 2017 

ALHAMDULILLAH....BANGGA PRODUK UPSI DIPANGGIL MASUK UNICEF 


Sesi perbincangan bersama Peter iaitu Konsultan bagi UNICEF yang menangani masalah juvana di seluruh dunia. Beliau juga mencabar kami untuk menangani juvana di negara lain. Any time Peter...   


Gambar kenang-kenangan di pejabat UNICEF bersama Peter.

27 DISEMBER 2016 

 DONE.. PRODIGY TELAH MENANDATANGANI MOU BERSAMA UNIVERSITI PENDIDIKAN INDONESIA UPI. INYA ALLAH PASARAN KE INDONESIA YOKKK.... 






Bertemu dengan team Prodigy di sana diketui Dr. Nandang Rusmana sebagai Direktor UPI cawangan Tasek Malaya.

JULAI  2016 

MAAF BANYAK-BANYAK TERLALU SIBUK BANYAK PROGRAM TIDAK DI UPDATEKAN.  TUNGGU MASA SESUAI SAYA AKAN UPDATEKAN YA. 



 Terlibat dalam memberi pendapat terhadap kesan drama dan rancangan
 televisyen  terhadap remaja, bersama penerbit astro, rtm, tv3 dan semua penyiar tv 


 mengendalikan kursus kemahiran belajar bagi pelajar  
tahfiz integrasi di Shah Alam



melatih pelajar prs dalam menjadi trainers kemahiran belajar 
peringkat daerah port dickson


mengendalikan kursus pembangunan sahsiah bagi pelajar 
ismp semester 1 di UPSI, Tanjung Malim






mengendalikan kursus bagi kakitangan Permata





mengendalikan trainers kemahiran belajar daerah Bera



mengendalikan kursus kemahiran belajar
daerah port dickson



mengandalikan pelajar bagi masyarakat prihatin

24-257April 2016
Kendalikan Latihan Kemahiran Belajar 5 Domain bagi Pelajar dan GBK Daerah Port Dickson bagi 2 tahun, tahniah.

22-24  April 2016
Kendalikan Team Building Guru SKPD di Cameron Highlands



KendalikXXX
18-19 April 2016
Pembentangan Pengendalian Prodigy di sekolah tajaan Yayasan Pintar oleh Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin dan Kaunselor di Vistana, KL


23-25 April 2016
Kendalikan team building (LADAP) SMK XXX.
Kendalikan team building (LADAP) SMK XXX



Seronok dengar cerita banyak perubahan pada guru.. yang bermasam muka
 dah berbaik yang selalu tengking budak dah cuba amalkan cara PAC syukur.

14-16 April 2016
Mengendalikan Kemahiran Belajar Lima Domain di SK Kampung Pagi Ulu Tembeling, Jerantut. Pengalaman berharga tidur di atas rumah rakit.  Memang awesome.

Teringat perbincangan dengan mantan Timb. Menteri Pendidikan yang menyuruh saya menjenguk SK Kg Pagi, kebetulan student saya ada ayah angkat kat sana katanya rumah atas air wah.. teruja nak pergi terus call gb nak bagi sumbangan sikit terus setuju. Bawa beberapa pelajar bersama selama 3 hari dan gambar atas menceritakan segalanya.  Thanks memang awesome sesiapa yang nak merasai tinggal di tempat itu dan makan makanan diraja sila whatapps no anaknya 0129477232. Anda boleh dibawa ke hutan, gunung, menjala, memancing,
 ke airterjun Layang-layang bagi tau saja nak buat apa mereka boleh bawa. 
Macam pergi haji juga seumur hidup harus pergi sekali.
8-10 April 2016
Mengendalikan Kursus Kepemimpinan di Sekolah Tahfiz Maran, Pahang. Banyak belajar dari anak-anak di sana.. sangat berharap dapat datang dan tidur bersama pelajar lagi. Insya Allah. Moga Allah perkenankan.




18 April 2016
Majlis Pelancaran Knowledge Transfer Programme di PPD Port Dickson  di mana GBK dan pelajar akan dilatih dengan Kemahiran Belajar Lima Domain.

1-3 April 2016

Mengendalikan kursus bagi Ibubapa dan pesalah juvana fasa ke 6 dan terakhir sebelum memulakan program Transfer Knowledge bagi kemahiran belajar pula. Kali ini yang kendalikan ialah Pegawai Psikologi yang telah dilatih. Nampak bagus dan ada ruang untuk dipertingkatkan lagi.



25-27 Mac 2016
Mengendalikan kursus Motivasi dan Kemahiran belajar pelajar SMK Kg. Baru Kerteh alhamdulillah dapat menyatukan pelajar yang bermusuh dan sama-sama bersatu untuk membantu sekolah dalam akademik dan disiplin.
jar pula.                    

20-21 Mac 2016
Kendalikan Kemahiran Belajar 5 Domain untuk anak staff dan rombongan pelajar tajaan MB Perak ke UPSI



27 Feb -1 Mac 2016
JOm ke Bandung Latihan Fasa 3 Prodigy
Melatih Guru Kaunseling Indonesia dan Malaysia di Bandung


                                                                 
 jom joint fasa 3 di Bandung.. 
orang Indonesia dah sampai fasa 3 dah..

 6-7 Februari 2016
 Lepak kat Hibiscus PD 


 mm.. lama tak update.. dah mula malas..
cuba cari semangat balik yosshh..

 17-19 Disember 2016
 Menyantun Pelawat dari UPI, Bandung


mengadakan perbincangan melaksanakan pelatihan 
Prodigy di Indonesia
  6 Disember
 MOU bersama Pengaman di wakili oleh Tan Sri Norian Mai sempena Pecipta International 2016 di KLCC Convention Centre


4 Disember 
Temuduga KTP Kemahiran 


Belajar Lima Domain  dapat RM160,000 selepas KTP  
Juvana selesai.

 30 Nov - 3 Disember 2015 
Kursus Guru BK dan Guru Disiplin serta Pengetua dan Guru Besar 







 24-25 November
Membentang Kertas kerja  Kesan Modul Prodigy Terhadap Pengetua di International Conference on Development of Education, Environment, Tourism, Economics, Politics, Arts and Heritage di Kuala Trengganu 



masuk hotel ada pulak gambar ni kat lobby :)
terima kasih cikgu Yati trengganu  masakkan asam pedas Johor 
memang awesome ikan fresh ..


20-22 Nov 2015
Kursus Team Building SMBP Intergrasi ..
(gambar belum diupload) 

13-15 Nov 2015 
Kursus Pendedahan Prodigy ISMP dan Pelajar Master UPSI 


 gambar perjalanan ke tempat kursus di tepi sawah padi
kursus ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar ISMP dan pelajar  
Master dalam pengenalian program.. seorang pensyarah dari UPI , Bandung dan 2 orang pelajar Master dari Acheh juga mengikut kursus ini di atas 
perbelanjaan sendiri
9 Nov 2015

 
balik dari Miri dapat mesej dari student Prodigy masuk paper la pulak...
dikisahkan di sini tentang aktiviti Prodigy di Bandung dan Jakarta...
 6-8 Nov 2015
Team Buuilding Guru Miri 



..dua YB dari DUN dan Parlimen membuka dan menutup 
kursus tersebut.. hebat betul.. kagum dengan semangat seorang Guru Besar
yang bercita-cita tinggi untuk mengubah sekolahnya...


 31 Okt. -2 Nov 2015
Kursus Pemimpin Satria 





Pelajar hebat dari SAKTI, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
mengendalikan kursus kepemimpinan dan bertekat menamatkan
 aktiviti bulli..saya terharu dengan  semangat mereka.  sebaik pulang ke
sekolah mereka telah memberi kursus yang mereka terima ini kepada
rakan-rakan mereka.. guru merekapun kagum ..


29-30 Oktober 2015
Seminar Peningkatan Sahsiah Pelajar Peringkat Kebangsaan 





 di sini juga saya telah melancarkan buku Pengendalian Disiplln Alternatif pendekatan Prodigy.. Sold out !!!





saya telah membentangkan strategi menangani masalah buli dan dikongsikan
bersama GBK dan Guru Disiplin daerah Perak Tengah

 23-24 Oktober 2015
Kursus Parenting Juvana


 16-18 Oktober 2015
Kursus Akrab Anak Polis Malaysia

 13 Oktober 2015
Kursus Untuk Pelajar Anak Orang Asli 





28-30 September 2015
Kursus Pengetua dan Guru Besar Kemaman, Trengganu- di tangguhkan ke tarikh lain.

17-19  September 2015
Kursus Pengetua dan Guru Besar Yayasan Pintar


...  turun dari pesawat terus ke Vistana Hotel mengendalikan Kursus 
untuk Pengetua dan Guru Besar anjuran Yayasan Pintar pula..

14-17 September 2015
Seminar UPI-UPSI Bandung  dan Perbincangan Pemasaran Prodgy ke Indonesia





... peserta pelatihan di KL sanggup datang ke Bandung
semata-mata untuk berjumpa saya dari Jakarta dan Bogor 
dan pada malam itu juga pulang.. terharu banget..

 11-13 September 2015
Team Building SMK Sentul Utama 

Banyak kali buat team building sekolah ni paling pelik hehe.. tengokla gelagat mereka.. awesome.  Sangat terhibur dengan budak-budak ni.. icebreaking sambil gendong anak.. makan.. memang luar biasa.. :)
















 7-8 Septermber
Kutip Data Kajian Off to Kelantan

Disaster.. terdampar di kota JELI.. first time jejak kaki situ.. questionaire nak hantar ke kem jam 9 malam tersasar ke tempat lain 100 km perjalanan.. kereta rosak overheat di tengah hutan sebelum sampai Jeli.. terpaksa tunggu malam untuk balik naik bas.. sakit.. sakit.. sakit.. tingkatkan sq semua akan jadi ok..




perjalanan yang tidak menyangka ada halangan di depan..

3-6 September 2015
WORKSHOP ANTARABANGSA Malindo 



 Guru Bimbingan dan Kaunseling dari Jakarta datang ke Furama Hotel semata-mata untuk mengikuti workshop Prodigy Fasa Ke 2.   Kagum banget dengan kesungguhan mereka... Guru BK di Malaysia bagaimana ya?






 25 Ogos 2015
Kursus Kemahiran Belajar 5 Domain di SM Sains Hulu Selangor










  Anak-anak pintar di Semasyur sedang khusyuk mengikuti
  Kemahiran Belajar 5 Domain

 18 Og0s 2015
Mengendalikan Mock Interview di MRSM Gemencheh



 hebat  budak di sini.. mengalahkan pelajar IPTA


17 Ogos 2015
Pameran Di E Learning Sempena Konvensyen KBat


 bersama RA baru..


14-16 Ogos 2015
Kursus Pemantapan Pelajar Asrama SMK Slim


 tak sangka budaknya baik-baik.. suka buat kursus kat sini.. saya akan datang lagi memberi bantuan dan sokongan secara sukarela demi budaknya..



12 Ogos 2015
Latihan Kemahiran Belajar 5 Domain bagi Trainers SMK Kota Tinggi 




Di atas adalah gambar setelah mereka pulang dari UPSI dan mengendalikan Kelompok Study Group di dataran perhimpunan sebelum loceng 7.30 berbunyi Pengetuapun hairan tak sampai 2 minggu arahannya sudah Berjaya diwujudkan persekitaran yang dia kehendaki




Gambar di atas adalah semasa mereka datang untuk mendapatkan latihan di UPSI

3 Ogos 2015
Mengendalikan Kursus untuk Guru Besar di Makmal Penyelidikan UPSI




 
1 Ogos 2015   
Mengendalikan Kursus persediaan UPSR: Strategik Planning




23-26 Julai 2015
Membawa RA berjalan ke Bandung




melayan karenah budak-budak ni jalan-jalan ke Bandung.. kenangan mereka
bekerja dengan saya.. terima kasih Shafik dan Jalila

 
  7-9 Julai 2015

Youth Ideas - Round Table Discussion - Kemiskinan & Salahlaku Belia Bandar:  

rumusannya setelah tiga hari kesemua panel dan peserta tidak dapat mencari jalan keluar yang kukuh maka saya cadangkan pendekatan Prodigy.  Saya terangkan modus operandinya bagaimana tak di sangka di sambut baik oleh beberapa NGO dan tenaga MBM yang terdiri daripada berbagai kaum. Bangga... 


hari ketiga biik discussion penuh tak boleh masuk 
dah siapa yang lewat








1 Julai 2015 
Kursus Untuk Anak-Anak Bauan Syurga   
Bertolak setelah sahor jam 5 solat subuh tengah jalan semata untuk memberi perkhidmatan untuk anak-anak istimewa ini.. Pelajar Maahad Tahfiz.. yang berkupiah merah itu semuanya sudah hafaz 30 juzu' ya Allah istimewanya saya dapat beri khidmat yang tak seberapa kepada mereka.. 


masya Allah.. anak murid ku.. begitu merendah hati mu pada ku..
beliau adalah pelajar B&K  badge pertama saya mengajar..
seorang yang hebat YDP Majlis Pelajar dan Imam Masjid Hulu Bernam.. 
sekarang GPK Koko Maahad Tahfiz..saya pula jadi malu.. beliau sedang sakit 
sekarang.. moga pembaca doakan beliau cepat sembuh..



1-3 Jun 2015
Bawa Family Rehattttttttttttttttttt





28-30 Mei 2015
Kursus PRODIGY Untuk Guru Bimbingan Kaunseling Jakarta, Indonesia
sangat awesome.. GBK sana sanggup keluarkan duit untuk berkursus di Hotel 5 bintang.. bagaimana dengan GBK di sini ya??







26 Mei 2015
Kursus PRODIGY Kemahiran Belajar untuk pelajar Maahad Tahfiz, Sabak Bernam




24 Mei 2015
Kursus PRODIGY Untuk Pelajar Semester 1



20 Mei 2015
Berjumpa dengan TMP2 di Pejabat Beliau
thanks YB.. selesa bercakap dengan beliau.  Seorang pendengar yang baik dan banyak input prodigy dan masalah GBK dapat di sampaikan.  Beliau banyak bertanya bagaimana nak selesaikan masalah disiplin.


8-10 Mei 2015
Kursus PRODIGY Untuk Pelajar Semester 2 di Pulau Pangkor






... mmm entah berapa lama tak ke sini ... datang bagi kursus dan balik.. 
tak sempat jalan-jalanpun.. :(

26 April 2015
Mengendalikan Kursus Bagi Pelajar Semester 1  





21-23 April 2015 
Kursus Prodigy kepada Guru Kaunseling dan Disiplin dan Penghulu di Daerah Kota Tinggi, Johor... FANTASTIC!!!  





.. gambar retro.. tengokla tok penghulu.. seronoknya mereka..
kesan yang sangat mendalam apabila pertembungan tiga badan bergabung.. 
kini mereka akan berjuang bersama..



17-19 April 2015
Pengendalian Kursus Akrab Anak Polis Negeri Sembilan  


14-16 April 2015
Kursus Prodigy bagi Guru Kaunseling dan Disiplin Daerah Seremban










.10-12 April 2015 
Kendalikan Kursus Prodigy kepada pelajar Maahad Tahfiz di bawah kendalian JAIS



... antara komen peserta.. inilah yang di cari selama ini.. pertama kali rasa diri dihargai.. sekarang baru saya tahu bagaimana berdakwah dengan cara yang betul.. saya dah nampak bagaimana untuk menjadi umat Islam yang hebat.. saya tak puas dengan kursus ini .. saya nak lagi.. tambah masa.. :)

1 April 2015 
Mengendalikan Kursus Anak Emas SMK Selayang Baru





.. lihatlah tempat kursus`anak emas' ni.. hebat di hotel 5 bintang..dua orang sebilik dalam apartment yang luas hanya layak seorang Pengetua atau Pensyarah gayanya.. tahniah guru-guru yang berhempas pulas menjayakan kursus seperti ini...
 
29 Mac 2015
 Kursus Penyesuaian Pelajar Semester 1

 

.. mengendalikan kursus untuk mahasiswa semester satu bagi 
memantapkan  mereka supaya menjadi lebih kreatif dan proaktif
 dalam menjalani kehidupan di UPSI ..

18 Mac 2015
Hari ini  menambah satu element dalam  `fishpool' iaitu rumah kecil di atas tasek.. jumpa di One Utama terus terpikat.. tenangkan kepala ???




15 Mac 2015 
Kursus Prodigy  bagi pelajar smester 1 


Dua suasana yang berbeza.. tempat kursus dan jenis pelajar
Kursus ini diadakan bagi memantapkan pelajar terhadap diri mereka dalam 
bidang pendidikan

13-15 Mac 2015
Kursus Bagi Pelajar FSK bagi Melonjak Kecemerlangan Akademik


...kursus dijalankan di Desa Selesa... tempat yang damai yang telah berapa
 tahun tidak dikunjungi leh saya..


9-11 Mac 2015
Memulakan Kursus Peningkatan Profesionalism Guru Disiplin, Warden dan Guru Kaunseling di Keningau














cikgu kaunseling dan guru disiplin serta warden menari bajau.. 
entahla bajau ke apa... kurang faham pulak.. tapi menarik melihat 
mereka  mesra antara satu sama lain..

8 Mac 2015
Cemas bangun pagi kaki membengkak.. rupanya kena ghout.. masyaAllah esok nak ke Keningau.. terpaksa ke Klinik berpapah.. harap usaha ini berjaya.





MC  dua hari kena ghout.. dalam cuti sebtikal pun Doktor bagi MC 
dan tak bagi pergi Keningau .. aduh..



Sedih.. baru tau yang terlibat itu anak murid yang pernah kita sayang.. budak baik.. di panggil kawan-kawan sebagai bapak kerana terlalu baik dan caranya macam orang tua.. bekas pemimpin saya dulu... :(




6 Mac 2015

Mengendalikan Kemahiran Belajar 5 Dommain untuk pelajar anak-anak orang Asli keseluruhannya.. Ini ada kaitan dengn cabaran yang dilontarkan oleh seseorang yang mengatakan bahawa sukar untuk melakukan kepada anak orang asli.. akan diupload gambar sebentar lagi ya...






... sekitar program tersebut dijalankan...

5 Mac 2015 

Hari ini mengadap pengetua Maahad Tahfiz Klang dan pegawai Jais untuk bantu pelajar Tahfiz.  Dalam masa yang sama team Prodigy membuat pameran sempena lawatan Tuanku Zahra ke UPSI. Menjunjung kasih tuanku.




Tuan Taq macam Bendahara yang tak didendang :) manisnya Tuanku.. 
Berseri sekejab Prodigy

1 Mac 2015
Balik dari Kedah mengadap swimming pool pulak.. saya convert menjadikan dia fishpool mengubat kerinduan pada kota kembang Bandung...







y

...cari bunga ni sampai ke Sungai Buloh tu..

  26-28 Februari 2015

...24 pulang ke Malaysia sehari rehat 26hb sudah ke Kedah untuk mengendalikan kursus AKRAB  iaitu kursus anak polis satu Malaysia. Kursus di buat di Pusat Latiha Polis Anak Bukit.. cuba lihat barrack dan Balainya.. macam saya masa kecik dulu duduk di balai Polis Changlun sekitar tahun 1967.. sungguh nostalgik...



20-22 Februari 2015
Sekitar kursus Prodigy di UPI Bandung untuk guru BK


bawa jalan-jalan ke Paris Van Java.. shopping yeah.. 
silap window shooping yeah.. :) duit rupiah dah nipis dah..






.. hari terakhir program dengan modul subcon..


.. kesan sama seperti di Malaysia ..



                                         jika orang seperti saya yang kendalikan 
                            dengan bahasa yang kurang baik tapi kesan nya sebegini
                          maknanya bukannya saya yang bagus.. ini memberi gambaran 
                                      modul ini yang bagus.. betul nggak? pass :)



baru selesai buat modul uncoditionl love.. rupanya manusia sama 
tak kira di Indonesia atau Malaysia..



saya fikir bahasa Indonesia saya tidak difahami.. rupanya mereka kata 
bahasa saya bagus sekali.. benar kah gitu??


...paginya mengendalikan senam korperat...



makan malam bersama panitia selepas sesi malam pertama..


Sesi ice breaking lebih gamat dari di negara sendiri





.. mereka ini dari subuh sampai ke isya memakai seragam tentera


Masjid tentera bersebelahan kosan 


tak sabar nak rasa ceker pedas setan.. 
belajar makan ni dari teman.. tak pernah makan ceker.. 
di sini bermula segalanya..

17.02.15
Tiba di Bandara di Bandung petang dan hujan.. selepas turun pesawat kami tidak dibenarkan berjalan kerana nak beri laluan pesawat nak melintas.. adeh.. macet dengan pesawat pulak.. so tunggula pesawat nak keluar dari parking.



... tunggu pesawat keluar dari parkir untuk membuat penerbangan.. hehe pelikkan??? penah rasa cam ni??


... belek-belek hardisk lama terjumpa rakaman modul agape love.. pelajar ini beri kebenaran untuk mukanya di publishkan.. suasana sebeginila yang saya ingin wujudkan dalam kalangan penduduk Malaysia antara  semua bangsa..



... indahnya suasana ini... anak India memeluk dan memujuk anak Melayu dan sebaliknya.. bolehkah kita lahirkan generasi ke hadapan sebegini??? ayohla para kaunselor kita belajar wujudkan modul sebegini..


 12 Februari 2015
Bergegas pulang dari Bandung untuk menjalankan kursus JKM 13-15 Feb 2015








.. anak-anak JKM sedang menjawab soalselidik..
8.2.2015
Mengendalikan rapat kecil (mesyuarat kecil) dengan panitia program



bersama pelajar S2 merancang apa yang perlu dilakukan 
untuk projek pertama ini


5.2.2015
Tak lama lagi badan saya akan menjadi seperti di bawah.. haha .. 



...hampir setiap pagi dan petang ke gym.. pulak gym sebelah bilik saja..


2-12 Januari 2015 
Bandung ... here i come.. setibanya di Kosan (rumah sewa) bilik gym telah siap dan bisa digunakan.. keahlian idr 150,000 per bulan dan tarif kosan juga naik idr 1,9 juta rupiah ...

..pemandangan dalam gym di kosan saya..


 kasep nggak? hehe  



28-29 Januari 2015

maaf lama tak update.. nanti senang updatekan yang terlepas....Ke Tawau kendalikan perkongsian pengalaman mengatasi masalah buli melalui Prodigy.. 


..

... unik sungguh dewannya ...



 28 Disember 2014

Bergegas ke Trengganu berjumpa dengan wakl Menteri Besar untuk membentangkan Prodigy dan menawarkan untuk membantu dalam penyelesaian masalah masyarakat yang dihadapi oleh kerajaan negeri.


.. bersama Pengarah Yayasan Trengganu dan pegawai yang memegang 
post yang penting bagi membincangkan perkara yang melibatkan latihan dan pengembangan

23-25 Disember 2014
KURSUS AKRAB sudah bermula.. mengumpulkan anak-anak polis satu Malaysia seluruh semenanjung Sabah dan Sarawak untuk setiap negeri.. doakan berjaya...



 .. kursus kali ini memasukkan unsur konsep ABC ...

19-20 Disember 2014 
Septutnya bertolak pulang ke KL tapi terpaksa korbankan tiket kerana bergegas ke Surabaya pada 19-20 Disember 2014.  Saya diminta untuk berkongsi tentag Prodigy di seminar antarabangsa di sana pula.. sudah dua kali tiket burnt...   :( 



sedang menunggu giliran  untuk memberi input
kepada peserta seminar dan worshop international `Tantangan Guru BK
Menghadapi Problematika Dunia Remaja Era Global' di Hotel Bumi Surabaya

15-16 Seminar Antarabangs UPI  

Dapat menyampaikan konsep Prodigy kepada para peserta seminar dengan jayanya.. Banyak pertanyaan dan soalan tentang inovasi yang saya lakukan. Ramai yang berminat untuk ikut serta kursus yang akan saya jalankan. 



... poster yang besar terpampang di merata UPI..
hebatnya panitia (urusetia) di sana..





 Inilah kosan (bilik sewa) saya selama 
 saya bercuti sebatikal di Bandung.

1-18 Disember 2014 
 Datang semula ke Bandung.. Macam ulang alik KL-Tanjung Malim jer.. buat persediaan untuk Seminar Antarabangsa UPI, Bandung. Saya akan membentangkan Prodigy sebagai satu kaedah dalam menyelesaikan masalah disiplin di depan dorsen dan guru BK di seluruh Indonesia. 





24-November- 28 Dis 2014  
Bergegas  ke Indonesia kerana selepas 1hb. Disember penyelia sebatikal tiada kerana ke Australia.  Kali ni bawa family semua  sekali.



sempat melawat keluarga bibik di Kudus, Semarang selepas mengharugi 20 jam perjalanan dari Puncak, Bandung.. tak pernah berlaku dalam hidup.. di atas adalah gambar rumah bibik.. hasil kerja lebih 10 tahun dengan kami dapat bina dua rumah.. syukur.. dapat beri sumbangan pada manusia..


15 Nov 2014  






 .. rakaman 10 minit respons.. tapi penggambarannya amboi.. sian pengacara kena ulang banyak kali.. dua kali penggambaran dua kali cerita yang berbeaza.. merekapun hairan.. minggu lepas jemputan dua orang tapi rasa banyak dan lama.. tapi bila saya cuma seorang tapi rasa kejab.. saya pun sian juga.. tak puas pendek sangat tapi rancangan untuk menjemput bekas anak didik membicarakan soal buli dakan diadakan untuk rancangan MHI insha Allah..



4-8 Nov 2014  

Bergegas ke Bandung membantu team Prodigy Indonesia menterjemahkan 
ke bahasa Indonesia 



 villa kegemaran saya.. setiabudhi indah nyamannya.. 



... team Prodigy Indonesia sedang membincangan content
modul Prodigy versi Indonesia dan alihbahasa.. 




 Ibu Naniek K. Darmawan Pengerusi Guru BK seluruh Indonesia 
bersama teman guru BK dari Jakarta datang semata mahu jumpa saya rasa 
seganla pulak... beliau cadangkan satu kursus untuk guru BK Jakarta 
pada bulan Januari 2015

 31 Okt. - 1 Nov 2014   

Mengendalikan program `Experiential Learning' bagi kursus Pembangunan Sahsiah.




mengendalikan seramai 365 orang pelajar sesuatu yang amat mencabar..
 namun dengan bantuan Prodigy mampu melakukannya sendirian 

28 Okt. Okt. 2014 
Terlibat sebagai Penceramah Utama dalam Program Kesihatan Mental dan Warga Emas di Peringkat Negeri Perak anjuran Kementerian Kesihatan 



gambar whatsapp dari saya dapat dari bekas pelajar di Trengganu..
camana jadi gitu ye?? Program di Perak.. orang Trengganu pulak hantar 
gambar dari sana heee..



29 Sept - 2 Okt 2014
Mengendalikan Kursus Transformasi Pengetua dan Guru Besar Kuala Trengganu






sempat juga ke Teluk Cempedak.. dah lama tak ke sini.. seronok sangat bagi kursus pada Pengetua dan Guru Besar Daerah Kuala Trengganu.. kenangan yang tak boleh  dilupakan.. banyak perkara dibincangkan bersama untuk membantu mereka.. terutama dalam disiplin dan akademik.. Tahniah semua.. 
teruskan perjuangan yang sukar itu..

26-28 Sept 2014 
 Kursus Motivasi Pelajar SMKKB





Kursus mengeratkan hubungan antara pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan besar tak lama lagi..   Kursus dijalankan di Pusat Islam UPSI dan pelajar tidur bersama mahasiswa/siswi UPSI di KUO.. Banyak input yang mereka dapat secara formal dan informal.. yang penting happy.. terpaksa buat kerana anak saya ada dalam ni huhu..
 
 22 Sept 2014
Kursus Pegawai Psikologi JKM     


          

peserta yang terdiri daripada kaunselor JKM sedang menerima  
sijil penghargaan dari pengasas Prodigy.

21 Sept 2014
 Kursus Parenting Juvana

...ibu bapa pesalah juvana telah didedahkan dengan pemikiran kreatif dan mereka membuat plan action bagaimana untuk menyelesaikan masalah anak mereka dengan secara kreatif

11 Sep 2014 

Hari ke 3 di TOT ABC




 ... hari ini seharian outdoor.. fantasticcc.. ultimate peak experiences!!!

9 September 2014  
Aktiviti hari ini...   

mengikuti kelas Dr. Nandang.. jadi pelajar semula hehehe.. pelajar yang lambat loading... blurr gitu.. 



... melawat kawasan ABC di sekitar Bandung menghala ke Tangkuban Perahu.. 

suasana nyaman di Gracia.. kolam air panas...




 ... bersama pelajar Master di UPI.. 


... berbincang dengan pegawai tinggi tentera Indonesia 
sihingga jam 3.41 am dan beliau amat berminat dengan Prodigy..


8-13 September 2014 
Berlepas ke Bandung untuk menghadiri TOT Adventure Based Counseling 



cuba aplikasi baru.. action camera setibanya di Lapangan terbang Bandung


6 Sept 2014
Mengendalikan Bengkel Stress Management dan Parenting  


Kursus bidan terjun :).. mengendalikan secara tidak terancang hingga menyebabkan penceramahpun stress.. apapun best dengan cikgu-cikgu SMK Behrang 2020 ni


1-2 Sept 2014 
Terlibat dengan Kajian Remaja Berwawasan 

Kursus yang dikendalikan oleh ATM selama 3 hari 2 malam di mana pihak UPSI hanya terlibat dalam koleksi data dan mentadbir kajian keberkesanan modul


... bermalam di Hotel Indah depan Jety Lumut.. inilah pemandangan dari luar bilik.. amat mengujakan.. hotel budget tapi pemandangan first class..


26-29 Ogos 2014
Mengendalikan Kursus Kejurulatihan PLKN Advanced di Melaka
... tak sangka dapat berjumpa dengan bekas pelajar yang 
sedang tunggu penempatan... akhirnya merajuk membawa diri ke sini.. 
hilang rindu dapat berjumpa sebahagian dari mereka.. :)



19 Ogos 2014
Kursus Menjana Kreativiti di kalangan Pelajar UPSI untuk Pensyarah

Dr. Shakinas, Dr. Som Chit dan rakan-rakan memerah otak untuk cuba menjadi sekreatif kreatifnya

 14-16 Ogos 2914  
Kursus Berlari Ke Bintang SMK KG Bharu, Kerteh Trengganu



Pantai Kemasek rupanya tidak jauh dari sekolah tu.. cantiknya..

16 Julai 2014
Kursus Pelan Strategik Kemahiran Belajar SMK KKB

8 Julai 2014 

Mengendalikan kursus Penasihatan Akademik bagi Pensyarah. Memberi pandangan dalam bentuk skop yang berbeza bagi mereka mengendalikan pelajar nanti.


24-28 Jun 2014
Konferens UPI-UPSI di UPI Bandung
Maaf lama tak update.. bz sungguh.. baru balik dari Bandung membentang kertas kerja di The 6th International Conference of Teacher Education (UPI-UPSI).



pemandangan di Tangkuban Perahu setelah 5 kali lawat ke sini adala sikit perkembangan..


bertemu semula dengan superku sayang Pak Adi.. pernah menempah beliau sebagai super semasa membawa keluarga.. kini gunakan khidmatnya semula memang terbaik.. sesiapa yang hendak ke Bandung sila lah hubungi beliau murah dan effisyen serta peramah di talian Pak Adi 6285720344896 atau 6282126134046


20-22 Jun 2014
Mengendalikan Kursus Pelajar Sekolah Agama Slim
nanti upload gambarnya ya..

17-20 Jun 2014
Mengendalikan Kursus Kejurulatihan PLKN di Pasir Salak


Team Crew Trainers
Best Part dalam kursus kali ini ialah slot inovasi dan kreativiti.  Peserta applikasikan secara langsung kepada masyarakat sekitar. Amat teruja tentang kisah keluarga yang susah dan OKU.

3-5 Jun 2014
Melarikan diri bersama keluarga ke Sanctuary Resort Cherating.. 


suka tengok anak-anak gembira..



16-18 Mei 2014
Mengendalikan Kursus Juvana kali ke 3
nanti saya uploadkan gambar ya..

10 Mac 2014 
Khidmat sosial di SK Slim River
.. sekitar peristiwa khidmat sosial ...
Telah terlibat dalam memberi ceramah parenting selain memberi kemahiran belajar yang dikendalikan oleh sahabat Prodigy. Program setengah hari telah melibatkan dua bas pelajar UPSI yang mengendalikan projek mengecat sekolah. 

24 April 2014
Mengadap Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat



membentangkan Prodigy bagi membantu 
menyelesaikan masalah sosial


... sempat menyediakan buku Prodigy terbaru..

16 April 2014
Ke Felda Neram demi sahabat..


sempat membantu rakan yang memerlukan..  di Felda Neram.. 
satu khidmat sosial yang jauh..

8-11 April 2014
Mengendalikan kursus untuk jurulatih PLKN di Papar Sabah bersama Pak Nuzeb.. Panas sangat.. teramat panas.. sehinggakan mandi 5-6 kali sehari.. apapun terbaik pesertanya..

Pak Nuzeb sedang mengendalikan modulnya..

sempat makan seafood.. murah sangat bah..

tak jauh dari kem plkn Papar ada sebatang sungei yang cantik.. 
sempat mandi di sana..


21-22 Mac 2014
Balik dari retreat di Nilai terus buat kursus untuk 340 orang pelajar bagi programme pembangunan sahsiah.. awesome.. 



berkongsi dengan anak didik tentang kasih sayang dan erti kehidupan 
yang sebenar rata-rata nak berubah syukur.. 
killer modul .. agape love..



19-21 Mac 2014
Berbengkel di Nilai selama 3 hari untuk menyiapkan Modul Sekolah Makmal.. dah siap pun.. cer tengok.. ok tak..
terrraaaa... ok tak?



15 Mac 2014
Berlari pula untuk ceramah ke Majlis PIBG
...ada pulak orang masukkan dalam facebook.. :(

13-15 Mac 2014
Pameran Sempena KONPEN
YB TPM telah sudi melawat booth pameran PRODIGY
RA Aisya membantu memberi penerangan kepada pelawat
Pameran sempena KONPEN  telah berjalan selama 3 hari.. amat meletihkan.. tapi rasa sedikit seronok apabila TPM menjemput untuk berjumpa secara personal untuk membincangkan tentang kemampuan PRODIGY dalam menangani masalah disiplin sekolah.

28 Feb.-2 Mac 2014
ibu yang memberikan kekuatan kepada anak mendapat pelukan dari anak

Buat kali ke 2 kami mengendalikan kursus untuk JUVANA dan Parents sekali terlibat dalam kursus itu.. amat mengharukan..

3-15 Mac 2014
14-16 Februari 2014   
 aPenggambaran Modul Prodigy telah berlangsung selamat 3 hari 2 malam.  Kursus dilakukan ke atas PRS UPSI dari pelajar diploma Muzik dan Seni. Bersama mereka sangat menyeronokkan.  Perangai yang pelik dan luarbiasa.. suara sangat sedap bak buluh perindu..
krew penggambaran dari kumpulan ict upsi


tersangat akrab..
..pelik kan???

5 Februari 2014  
Mesyuarat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor di Bangunan Darul Ehsan membincangkan Kursus bagi pesalah Juvana.  Mereka akan berkursus bersama ibu dan bapa mereka.. seramai 150 dijangkankan akan terlibat dengan kursus ini. 
sedang menerangkan kepada majlis tentang modul yang digunapakai..
semua kaunselor dan pegawai akhlak dari semua daerah hadir..
kagum dengan komitment mereka..




   6 Januari 2014


Alhamdulillah hari ini pembentangan untuk mendapatkan dana grant Knowledge Transfer Programe di Hotel Putrajaya... Allah memudahkan segalanya.. Panel telah dengan hati yang lapang menambahkan peruntukan yang diminta menjadikan keseluruhan yang Prodigy dapat ialah RM192,000.00. Projek selama 2 tahun ini akan melibatkan pesalah Juvana dan ibubapa mereka. Kursus akan dijalankan bersama-sama serentak. Difahamkan pasukan Prodigy mendapat merkah yang paling tinggi antara semua Universiti yang memohon

14-16 Disember 2013
 Terus bekejar ke Pusat Gerakan Am Kem Batalion ke 6 Muar untuk mengendalikan kursus Dakap bagi anak polis Johor pula.. MINGGU YANG SANGAT MENCABAR.. 3 KURSUS TANPA HENTI.. PENAT.. TAPI BANGGA DAPAT BERBAKTI PADA MANUSIA.
tempat kursus DAKAP kali ini


 13-15 Disember 2013 
Terus bersambung kursus bagi Team Building pegawai SPRM di Hotel Emperor di Melaka. 
Para peserta kursus telah bersatu hati dan mengamalkan 
Unconditonal Love..


9-12 Disember 2012
Mengednalikan Kursus Personaliti Unggul bagi kakitangan SPRM di MACA di Akademik Suruhanjaya Rasuah di Jalan Duta KL. 
Peserta kursus berbagai aksi.. menyelami hati nurani mereka sesuatu yang 
berharga dapat diteroka


 19 November 2013 
Pembentangan Prodigy bersama Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia
Pengarah Akademi Dato  Abdul Wahab Abdul Aziz dan Tuan Zuhairie mendengar dengan serius taklimat yang diberikan. Perbincangan berjalan dengan awesome.. banyak idea yang diberi berkaitan dengan program yang akan dijalankan termasuklah untuk pekerja dibawah prestasi dan kursus bagi pelatih dan ibubapa.. fantastik..  pegawai kerajaan yang berfikir di luar kotak...

Prodigy dapat Anugerah lagi..
 antara penerima anugerah termasuklah pasukan Prodigy bagi anugerah Konsultasi penyumbang paling banyak untuk UPSI.. teruskan perjuangan wahai teamates..
 
27 Oktober 2013

 Balikk dari Kelantan tengok keluar cerita ini..  

 
cerita bagaimana pelajar ini di sekolah dulu semuanya masih ingat di benak fikiran saya.. bagaimana guru-guru kalau boleh nak halau budak ni.. semua tak suka.. menyusahkan.. jerih dan perit mempertahankan budak ini semuanya saya ceritakan di Hikayat Ranjau Berduri di www.ashiqs.blogspot.com.  Silalah baca zashhhhh..

oh ya.. sebelum ke Trengganu kami buat perbincangan dengan pihak Utusan Malaysia tentang kerjasama untuk mengadakan program. Semoga berjaya..

24-26 Okt. 2013
Kursus DAKAP Kelantan    (Siri ke 12 kursus untuk anak polis satu Malaysia)


  first time buat di resort.. PCB Resort.. boleh tahan la..


 makan maggi ketam semasa di Kelantan.. boleh buat sendiri rasanya.. 
23 Oktober 2013
  Perjumpaan dengan Pengarah Pembangunan Masyarakat Trengganu, Tuan Haji Sharli.. perbincangan yang menarik.. moga dapat membantu negeri Trengganu..
 Perbincangan dengan Tuan Haji Roshali.  Matlamat yang dikehendaki adalah untuk menaikkan tahap akademik dan kami syorkan parenting dan kemahiran belajar untuk ibubapa yang mana tiada lagi kursus seumpama itu belum dilakukan lagi setakat ini.

27-28 September 2013 
 Kursus Pembangunan Sahsiah    




 Pertama kali kendalikan kursus seramai 420 pelajar pembangunan sahsiah di tempat yang  paling tidak sesuai.. Last minute tukar ke Auditorium.. cuba bayangkan kesukaran yang saya  alami.. berfikiran mudah bagi orang yang tidak memahami.. tapi berbekalkan kreativiti.. semuanya berjalan lancar..  syukur alhamdulillah..

 20-22 September 2013
KURSUS DAKAP KE 11

kali ini dijalankan di Tiara Beach Resort Port Dickson.. 
 
dan ni pula tempat makan diaorang.. hebat kan.. budak sekolah je.
. mengalahkan pegawai..apapun tahniah Yayasan Pengaman

Gambar Karekatur PRS yang dilukis oleh anak murid saya Irham Ramli masih disimpan dengan baik walaupun sudah 20 tahun.. kini pelajar aliran vokasional itu telah menjadi arkitek.. pelajar vokasional ya.. bukan teknik.. pelajar boleh berjaya dengan galakan kita.Lukisannya juga diberi penghormatan untuk buku Zuraidah Rahman yang berjodol... Boleh Saya Bantu...




6-8 Sept 2013
Mengendalikan Kursus DAKAP untuk anak-anak polis Pulau Pinang.
Pernah ke Pusat Latihan Zakat Balik Pulau? PULAZA nama singkatnya.. rupanya tempat kursus tu sangat indah dan diuruskan dengan sangat professional. Tahniah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. harap negeri lain dapat mengikut jejak langkah seperti itu. Berbeza memang berbeza..

25 Ogos 2013
Dijemput untuk memberikan kursus Parenting bagi gugusa Felda Neram di Kemaman. Lepas tu makan mee ikan.. hee sedapnyer.












18 Ogos 2013
mmMengendalikan Kursus transformasi Minda bagi Pensyarah dan staff yang baru di Hotel Putra KL.
 

8 Ogos 2013
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin bagi pengikut blog saya..
 Hari Raya Pertama dapat mesej dari pelajar muka saya masuk BH pulak.. ni gambar yang dihantar ke whatsapp saya. Kursus untuk kepemimpinan Pelajar  Universiti Zon Utara

 
1 Ogos 2013 8
Menjalani Penggambaran Kemahiran Belajar 5 Domain
Hari ini menjalankan penggambaran Modul KB5D bersama pelajar darjah 6 SKTM. Satu pengalaman menarik berlakon dengan pelajar cilik.. gambar akan diupload kemudian.

29 Julai 2013  

Artikel Penulisan Tentang Prodigy di Harian Metro



9 Julai 2013 Menemuduga Pengarah Kolej Vokasional dan Pegawai Disiplin bersama Pemberita Harian Metro
Hari ini setengah hari duduk di Kolej Vokasional Klang kerana menemuduga personel Kolej tentang keberkesanan pengendalian disiplin oleh pegawai mereka dengan mengguanakan kaedah modul Prodigy.. sebagai pengasas Prodigy saya semestinya bangga apabila Pengarah sendiri turun padang memberi pengakuan keberkesanan modul Prodigy.. sila baca di akhbar Metro ya..
... Pengarah dan Timbalan Pengarah HEP memberi pandangan.. 
 Puan Rosniza dari Harian Metro banyak melontarkan soalan
 tentang penggunaan Modul Prodigy oleh Pegawai Disiplin Kolej 
 pegawai  disiplin menerangkan bagaimana strategi beliau menangani masalah disiplin dengan menggunakan prodigy..
 pengakuan pelajar tentang kesan prodigy ke atas mereka
 8 Julai 2013 
Mengendalikan Bengkel Kemahiran Belajar 5 Domain di SMKKKB sekolah Bitara

Biasala gambar orang saya ambil gambar sendiri takder 
yang ambil pun sedey.
 menyusun strategi..

5-7 Julai 2013
Kursus Prodigy Terhadap Remaja Salahlaku Juvana bersama Ibubapa
 satu cabaran baru bagi saya sebagai pengendali. 
... remaja yang dikatakan bermasalah..

Sekarang sedang mengendalikan kursus yang julung kali diadakan untuk remaja yang sedang menjalani hukuman juvana di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama ibubapa mereka.. adakah berjaya? Wallahualam.. baru nak mula ni.. doakan yer..  

wak dan anak angkat nya.. Guna 
fara yang luarbiasa..
sayangkan anak walaupun terlibat dengan benda yang memalukan
 keluarga.. masih memberi sokongan.sangat kagum dengan ibu ini..
..anak orang anak aku juga..

.ok saya masukan banyak sikit gambar sebab saya rasakan kursus ini sangat ISTIMEWA.. bagi saya kursus ini sangat berjaya.. bukan mudah mengumpuljan anak dab ibubapa yang mempunyai permasalahan begini.. sangat terharu..

 4-6  Julai 2013
Mengendalikan Kursus Kepemimpinan Universiti Zon Utara.
Hari ini mengendalikan kursus tersebut di atas..
pemimpin pelajar sedang melaksanakan aktiviti bersama rakan-rakan 
dari universiti yang berbeza dan berkumpul sambil membuat jaringan baru...

.3 Julai 2013 
Berita sedih dan berita gembira.
Ingat gambar ni?? Tuan Haji Ayob CEO Yayasan Taqwa telah kembali ke rahmatullah malam tadi.. beliau mengidap penyakit SLE seperti saya..selama ini sama sama ingat mengingati dan memberi semangat antara satu sama lain.. kini.. :( .. Alfatihah..Alhamdulillah petang hari yang sama saya dan team mendapat anugerah Perundingan UPSI 2012.. syukur dengan apa yang diberikan NYA.. 

ANUGERAH PERUNDINGAN UPSI 2013
Alhamdulillah hasil penat lelah.. yang anihnya permohonan tidak dibuat langsung.. orang yang mohon tak dapat kami yang dapat hmm.. anugerah Allah..

Alham
            

anugerah gilang gemilang anjuran Fakulti Seni.. awesome!!

Seminar Psikologi Malaysia 2013  
2 Julai 2013

Membentangkan kertaskerja  bertajuk Penggunaan Prodigy dalam Menjana Kesejahteraan Keluarga dalam Komuniti.. maaf tiada gambar.. tak ada siapa yang sudi mengambilnya..

Kursus Jurulatih PLKN  
25-28 Jun 2013, Kem Permata Melaka
Sekarang sedang mengendalikan Kursus Kaunseling bagi Jurulatih PLKN dengan menggunakan gabungan modul Prodigy dan Adventure Based Counseling.
.. peserta khusyuk berlatih menjalankan sesi kaunseling..
.. semangatnyer hehe..

Kepemimpinan MPP UPSI di Janda Baik 
18-21 Jun 2013
Mengendalikan kursus kepemimpinan MPP UPSI.. boleh tahan pelajar yang dipilih..

Kursus Kem Prodigy SMK KKB
16-18 Jun 2013
Beruntung pelajar berkursus di sini.. penginapan percuma.. 
kemudahan macam hotel 5 bintang..

9-11 Jun 2013 Kursus  
Kursus Prodigy di SMK Agama Slim River
.. salah gambar ke??.. oppsss.. update kemudian..

6-8 Jun 2013
Melarikan diri ke Penang

Berjumpa dengan sahabat lama Mr. Dennise Wong.. sama sama menjadi guru..
 sama-sama makan roti canai sepinggan..sama-sama bantu pelajar
 asrama Kajang High School.. kini korporat yang berjaya..

31 Mei - 2 Jun 2013
Kursus Dakap di Melaka  Bersejarah..
.. anak-anak polis Melaka.. unik dan bebas..

20-23 Mei 2013
Kursus Kejurulatihan PLKN Melaka
.. mengendalikan kursus untuk jurulatih PLKN.. best..best..
steady Jebat..peserta terbaik kursus.. hebat dalam video production..
.. luahan hati seorang jurulatih PLKN.. bangga dapat mendidik
ramai pelatih yang dibuang masyarakat..


7-10 Mei 2013
Kursus Fotografi Melaka
Selama 3 hari 2 malam bermukim di Melaka berkursus fotografi.. terasa lapang dan bebas segala kekusutan yang melampaui batas.. hilang stress
speed and lighting..

25-27 April 2013
Kursus Bagi Jurulatih PLKN
Terlibat dalam memberi kursus untuk jurulatih PLKN  di SITC UPSI.
Pembentangan Kreativiti dari peserta kursus

Kebanyakannya veteran askar yang menjadi jurulatih PLKN

23 April 2013
Pameran Antarabangsa sempena MOU Universiti Luar Negara
Sedang menerangkan kepada VC UPI dari Bandung Indonesia
Delegasi daripada Pakistan bertanya sesuatu tentang Prodigy
Tenaga kerja Pameran yang bekerja kuat untuk program ini

5-6 April 2013
Landed Safely di LCCT terus ke kursus Pembangunan Sahsiah di SITC, UPSI
Seramai 180 orang peserta kursus dari jurusan Perniagaan, Sejarah, Awal Kanak-kanak dan Sains Sukan telah menghadiri kursus ini.  Saya telah mengendalikannya seorang diri walaupun  kepenatan sangat-sangat.. Cuba lihat tarikh di bawah kursus tanpa henti tetapi perjuangan tetap diteruskan.. kepada anak didik jadikan pembakar semangat mu..
Pelajar  nampak ceria walaupun hati terluka sebab kampus sudah kosong sempena cuti pertengahan semester.. tak tahulah sama ada genuine atau tidak kegembiraan mereka ini..


31 Mac-5 April  2013
Tiba di Kota Kinabalu bagi menjalankan kursus Jurulatih JLKN
Pemandangan dari bilik penginapan di Likas Hotel tempat kursus akan bermula sebentar lagi bagi Jurulatih JLKN dari 1-5 April 2013
Pengalaman bersama jurulatih JLKN selamat 4 hari 3 malam amat menyeronokkan.. ditambah lagi pengalaman yang mereka lalui tidak sama seperti mana yang kita selalu dengar.. ada juga saudara Sultan Kiram di sini hehe..

26-28 Mac 2013
Kursus Pengetua dan Felo Kolej Kediaman UPSI


Seramai 55 orang peserta terdiri daripada Pengetua Kolej Kediaman dan Felo tel ah mengikuti kursus peningkatan profesional yang diadakan di Sutera Bayu Beach Resort, Pangkor. Hubungan kerja nampaknya lebih baik dan memberi gambaran ke arah yang lebih positif selepas ini.

20-23 Mac 2013
Kursus Anak Polis Negeri Trengganu
Kursus Dakap kini masuk ke kohort 8 di mana tibalah giliran Negeri Trengganu menjadi tuan rumah kepada kursus ini.  Seramai hampir 100 anak polis Negeri Trengganu telah berkumpul selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Polis Dungun. 


5 Mac 2013
Mendapat Penghargaan dari KPT di malam Citra Inovasi KPT

... bila rasa diri dihargai ... thanks KPT thanks UPSI ...  to my family 
and Allah for sure ...

22-24 Februari 2013
Kursus Prodigy Staff Yayasan Taqwa
Bertukar cenderahati dengan CEO Yayasan Taqwa
CEO Yayasan Taqwa, CEO Al-Gazel dan staff Yayasan Taqwa menjalani kursus PRODIGY selama 3 hari dua malam di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang. Kursus peringkat ke dua akan dijalankan sekitar bulan April 2013 insya Allah.

15-16 Februari 2013
Kursus Kemahiran Belajar 5 Domain di SKKKB2

Menjalankan training kepada pelajar darjah 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Selama 8 jam slot kemahiran belajar pelajar tidak mengantuk walaupun dibuat dalam bentuk maraton.. (gambar akan diupload kemudian).

25-27 Januari 2013
Kursus Dakap Anak Sabah
Tan Sri Shamsuri merasmikan kursus Dakap Sabah..

SSelesai Kursus Keibubapaan saya bergegas ke LCCT untuk ke Kota Kinabalu.. tugas seterusnya untuk mengendalikan Kursus Dakap untuk anak Polis Sabah. Sampai di airport jam 12.. tidor kat airport macam pelarian Myanmar.. jam 7 pagi flight ke KK.. sampai jam 11 terus persiapan kursus dan selesai Ahad jam 12 pusing KK jam 10 mlm flight ke KL sampai KL hampir 1 terus ke rumah sampai rumah 4 pagi.. amacam?? ada berani??

24 Januari 2013
Kursus Keibubapaan Aman Jaya
Terlibat dengan kursus Keibubapaan Aman jaya tajaan Kerajaan Negeri Perak dengan jayanya.  Peserta mohon dipanjangkan kursus insyaAllah akan dipanjangkan permohonan mereka kepada Kerajaan Negeri Perak.
dua orang peserta orang kelainan upaya (cacat penglihatan) bertahan hingga ke akhir mengikuti kursus ini.. syabas..


17 Januari 2013
Mesyuarat dengan CEO Yayasan Pelajaran Mara, Dato Dr. Nazir bersama tenaga kerja beliau yang membuat lawatan ke UPSI untuk melihat prospek kerjasama bersama. Pembentangan modul Prodigy telah dilakukan dan mendapat perhatian Dato untuk dipanjangkan perlaksanaannya. Dato berminat untuk mengkomersialkan bagi kepentingan kedua-dua belah pihak UPSI dan YPM. Moga berjaya.

28-30 Dec 2012
Kursus Dakap Anak Polis Sarawak
Alhamdulillah telah berjaya dijalankan dengan jayanya di Kem Latihan PLKN di Bau, Kuching Sarawak. Paling unik kursus kali ini disertai oleh anak staff kem yang ratanya SES rendah.. satu pengalaman yang menarik..
bersama `Sufi' pegawai akaun Pengaman
paling best dapat jumpa bekas anak murid semasa menjadi warden di High School Kajang.. Zikry dan Abang Salfian... cerita mereka ada di blog Hikayat Ranjau Berduri.. sekarang abang Salfian adalah bloggers tegar dan wartawan bagi sebuah akhbar di sana manakala Zikry adalah seorang NGO dan bikers yang tegar juga..

5 - 8 Dec 2012
Kursus Anak Cemerlang Tentera Darat Malaysia Telah Bermula
Berkampung selamat 4 hari 3 malam di Pusat Latihan Tentera Darat di Port Dickson menyebabkan saya ghairah hendak meneroka personaliti anak tentera.  Agak berbeza dengan anak polis dalam berbagai bentuk.. unik..
Siapa pernah datang sini?? Pusat Latihan Tentera yang begitu canggih bersebelahan dengan pantai yang indah.. terkini dan bertaraf antarabangsa.. seperti bukan di PD.


3 - 5 Dec 2012
Menjalankan Kajian di AADK Bukit Cabang Perlis


Pengalaman yang menarik apabila dapat berjumpa dengan pelatih di pusat ini secara bersemuka. Kagum dengan pendekatan keagamaan. Kebanyakan daripada mereka dapat menghafal lebih daripada 30 jenis doa harian. Nampak di wajah mereka Nur yang suci. Moga mereka cepat berubah.. tahniah uztaz di sana.

29 - 30 Nov 2012
Kursus Experiential Learning bagi Pelajar Pembangunan Sahsiah

Sekali lagi terlibat dalam memberi kursus untuk seramai 450 orang pelajar di Dewan SITC. Pengalaman yang menerik dalam membentuk untuk mereka menjadi seorang guru bitara.


Balik dari Haji tak duduk diam terus terlibat dengan program.. inilah cara saya berdakwah.. moga di terima usaha hamba Mu..
23 - 25 November
Mengendalikan Kursus Dakap untuk anak polis Negeri Pahang
Pelajar yang memakai towel merah tu sedap suaranya.. akan merakamkan lagu dalam sebuah album.. tahniah.

28 Sept. - 14 Nov. 2012
Alhamdulillah.. TQ Allah.. Syukurrrr.. Ya Allahhhh.. tunggu hamba mu ini ya.. insyallah sampai 28hb Sept ni.. moga segalanya dipermudahkan..

Ya Allah.. terima kasih ya Allah kerana menjemputku.. Rindunya aku untuk mengadap Mu ya Allah.. Ampunkan aku menundakan penerbangan untuk melaksanakan amanah terakhir bagi merealisasikan janjiku untuk kursus PEKA-Dakap.. kini segalanya untuk Mu..

 Labbaik Allahumma Labbaik

21-23.9.2012
Kursus PEKA (Dakap untuk Parenting Anggota Polis)
Peserta kursus melalui Moeul Cruise to Nowhere.. Bangga sepasang
bangsa Tiong Hwa memuji anggota dan peranan pasukan polis dan terus beliau belanja mereka makan.. turut rasa bangga..
Kumpulan ini pula bijak mencari tukang gunting rambut untuk modul di atas..
Macam-macam.. janji selesai..
sempat berkaraoke lagi.. kenangan terindah..

Alhamdulillah selesai sudah pengendalian kursus untuk anggota polis.  Mereka melalui Modul Prodigy selama 3 hari 2 malam dengan penuh semangat.

6.09.2012
Mesyuarat Bersama Malaysian Youth Hostel Association
Bersama Pengarah Makmal Penyelidikan Prof. Sahandri bersemuka dengan MYHA bagi menjalankan program belia Negara.  Prodigy telah dipilih untuk melaksanakan program tersebut.. doakan kejayaan tq..

Bersama bekas pelajar saya ... saudara Rizan Hasan yang telah 
mendapat anugerah belia negara dan belia asean 2011

30 Ogos 2012
Program Prodigy Bersama Exco Kerajaan Negeri Melaka

Menghadiri mesyuarat dengan Dato' Gan, Exco Pendidikan Kerajaan Negeri Melaka yang berminat dengan program Prodigy.  Doakan kejayaan.



12-14 Julai 2012
DAKAP bermula di Kedah Darul Aman
Tan Sri Najib menerima cenderamata dari Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah
menandakan bermulanya DAKAP di Kedah

suasana hari pertama dan perasmian
di Kompleks Latihan Polis Anak Bukit Alor Star Kedah


30 Jun 2012

Konvension PIBG Kebangsaan dan Prodigy Parenting

Hari ini terlibat dengan dua acara, pertama secara langsung memberi parenting menggunakan modul Prodigy dan kedua pameran booth sempena lawatan YB Poad Zarkasi sempena Konvension PIBG Kebangsaan.


RA Prodigy: Adam sedang membuat persiapan booth pameran


YB Poad Zarkasi sedang menerima DVD Laporan Program Rintis dari DR J


Ceramah Parenting Prodigy





peserta parenting prodigy





Baru saya faham setelah berada dalam situasi ini.. anda faham??
Jom kita kongsi.. setelah sampai ke Miri Airport ada rombongan kahwin dari Johor merayu supaya mereka dibenarkan menaiki pesawat jam 4.00 ptg. Rupanya pesawat pagi tu rosak.. mulanya mereka ingin melalui darat.. tetapi mereka ditanya tentang passport.. untuk apa passport? tanya mereka.. so orang Miri kata mereka kena masuk Brunei.. keluar Brunei semula baru sampai Limbang.. Lihat peta di atas.. warna hijau itu adalah hutan tebal yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan.. maka no choice kena masuk Brunei jugak.. baru saya faham.. anda faham dah lama ke? atau baru tau macam saya???

15-17 Jun 2012
Team Building Guru di Hotel Purnama, Limbang
Bertolak dari rumah jam 4.30 pagi untuk mengejar flight kul 8.00 sampai Miri kul 10 lebih.. tunggu flight ke Limbang jam 4.00 aduhai.. sempat ambil gambar kapalterbang yang akan membawa saya ke Limbang.. gayat betul teringat flight dari Venice ke Geneva.. tapi kapalterbang sana baru sikit... yang ni agak cuak.. apahalpun selamat alhamdulillah.. perjalanan yang mengambil masa 12 jam lebih jika dikira bertolak dari rumah.. lama kan??? Jumpa cikgu di sana best.. dan menyeronokkan.. moga mereka belajar sesuatu..








Peserta Kursus Team Building SMK Limbang

..Anak polis.. anda unik..

8-10 Jun 2012
Pengendalian DAKAP Sesi 2 
...berjalan dengan jayanya.  Walaupun pelajar dalam kategori anak polis ni nampak biasa-biasa sahaja tetapi jika dikenali dengan lebih rapat kita akan dapat berjumpa sesuatu titik persamaan yang ada pada mereka.  Sebenarnya mereka tidak sama dengan anak-anak dari golongan pekerjaan lain.. Mereka ini sangat unik.  Ada kekuatan sendiri.. juga kelemahan yang perlu ditingkatkan.. 

1-3 Jun 2012
Maka bermulalah DAKAP program bersama Yayasan Pengaman yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara sendiri dalam acara penuh gilang gemilang

Semua pegawai tinggi berkumpul dalam menjayakan program tersebut.


16-19 Mei 2012
Penyertaan kali ke 3 ITEX di KLCC dari 16-19 Mei. Kemahiran Belajar 5 Domain dipertaruhkan kali ini. 

Projek 1 Juta dengan Pengaman
14 Mei 2012, Selasa
Hari ini membentangkan program Dakap bersama Yayasan Pengaman yang baru mendapat sumbangan RM 1 Juta daripada PM. Bergambar bersama Tan Sri Norian Mai di Yayasan Pengaman.  Program bermula pada 1-3 Jun 2012 bertempat di PULAPOL Bukit Beruntung.

10-12 Mei 2012

Mengendalikan Kursus Motivasi dan Kemahiran Belajar di National Blue Ocean Strategy di RTC Kota Bharu.  Seramai 480 pelajar telah didedahkan konsep Kemahiran Belajar 5 Domain.

3 Mei 2012, Khamis
Projek 1 Juta

Alhamdulillah melalui  projek ini dapat kami sumbangkan kemahiran kami.. dan membantu..
Berita di Harian Metro hari ini menggelar modul PRODIGY sebagai modul ajaib.. peliknya..
Klik untuk besarkan TQ Allah..
29-30 April 2012, Ahad-Isnin
Selesai saja kursus Kem Prodigy  jam 12.00, terus kendalikan kursus Selangkah Ke Universiti anjuran BAKTI.. letihnyer.. tak per.. teruskan perjuangan..
Datin Sri Tan Chat Sin isteri Menteri Pengangkutan merasmikan 
penutupan kursus Selangkah ke Universiti.
Seramai 180 orang pelajar di bawah 8 pentadbiran Parlimen telah terlibat dalam kursus Selangkah Ke Universiti ini. Pasukan Catelist telah membantu saya dalam menjadi fasilitator untuk kemahiran belajar dan Vocational Preference Inventory. Tahniah hasil yang berjaya dan cemerlang.. serta impak yang tinggi..itu pandangan orang yang memerhati dan peserta kursus..

27-29 April 2012, Jumaat-Ahad
Lepas kendalikan Makro Teaching pagi tu malam tu saya mulakan kursus Kem Prodigy untuk Rakan Study Islam. Letih??? Teruskan perjuangan.. Walaupun kerja berseorangan..

27 April 2012
Makro Teaching Kemahiran Belajar 5 Domain
Memantau pelajar saya mengendalikan 
KB5Domain
Hari ini membawa 6 orang pelajar mengendalikan kursus Kemahiran Belajar 5 Domain. Melihatkan cara pembawakan mereka saya yakin saya telah melahirkan seorang kaunselor dan trainer yang hebat dalam masa terdekat.  Kagum dengan mereka. Bagilah mereka apa jenis manusiapun.. mereka mampu kendalikannya.  Cikgu PK 1 memberi peringatan budak degil dan tak mahu belajar.. apabila mereka kendalikan saja terus bertukar minat kepada pelajaran dan tak sedar 4 jam latihan tanpa membawa masalah.  Welldone Shaker!!!

_________________________________________________________________________________
PRODIGY adalah satu produk hasil daripada transformasi Pusaka01 dan berlandaskan  KASIH SAYANG. Untuk mengetahui tentang produk PRODIGY, Sila scroll ke paling bawah blog ini  dan KLIK PADA OLDER POST.. Banyak maklumat serta sejarah dan anugerah yang dicapai PRODIGY di sana. Call saya untuk maklumat lanjut 0123966803 email: azizyatim@gmail.com fb: azizyatim.
_________________________________________________________________________________

26 April 2012
Mesyuarat Bersama GM Pengaman
Prof Shahril mempengerusikan pelan tindakan 
projek bersama GM Pengaman

Alhamdulillah.. akhirnya berjalan juga projek ini.. Projek pertama akan berjalan insyallah masa cuti sekolah 1-3 Jun 2012.. Kami diberi tanggungjawab untuk memberi kursus kepada anak-anak Polis. Doakan berjaya..

14 April 2012
Kursus Kemahiran Belajar 5 Domain bagi PRS PD
Kursus ini dijalankan bagi membantu kaunselor PD memahirkan kemahiran mereka. Semasa menjalankan kursus tersebut saya berjumpa semula rakan yang lama semasa menjadi kaunselor di SMV Temerloh 20 tahun yang lalu..


e
Miss Kan yang banyak membantu saya semasa menjadi kaunselor dulu.. 
Kisannya ada diceritakan di Hikayat Ranjau Berduri

12-13 April 2012
Konvension Antarabangsa Pendidikan Khas, Mahkota Hotel, Melaka
Membentang kertas kerja Kesan Kemahiran Belajar 5 Domain kepada pelajar OKU pekak dan bisu. Sila ke pusaka02.blogspot.com untuk baca kertas kerja tersebut.


Kursus Pemantapan Kaunselor Sandakan
8hb.April 2012, Ahad, Sandakan
Hari ini masuk hari ketiga dan terakhir saya di Sandakan. Saya sedang mengendalikan kursus Pemantapan Kaunselor MGK Sandakan dengan kaedah Prodigy. Kesian kepada mereka bila ada yang mengatakan mereka ketinggalan dari segi latihan dan isu-isu yang diutarakan.. Moga dapat membantu..
Peserta sedang menghayati senamrobik kreatif


Contoh Proposal Tindakan 



Sumber Proposal: SMK Mat Deris, Jerantut Pahang
Sila Klik anak panah untuk melihat keseluruhan pembentangan. TQ